Suatu ketika kami duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas’ud sebelum solat Subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy’ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu.” Kami jawab: “Tidak.” Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas’ud keluar.
Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy’ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman[11], aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat - Alhamdulillah - melainkan ia baik[12].”
Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) bertanya: “Apakah ia?.” Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk di dalam lingkungan (bulatan/halaqah) menunggu waktu solat. Bagi setiap lingkungan ada seorang lelaki (yang bertindak sebagai ketua dalam lingkungan mereka), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu.
Apabila lelaki (ketua dalam lingkungan) itu berkata: “Takbir (Allahu Akbar) 100 kali”, maka mereka (yang lain) pun bertakbir 100 kali. Apabila dia berkata “Tahlil (La ilaha ilallah) 100 kali”, maka mereka pun bertahlil 100 kali. Apabila dia berkata: “Tasbih (Subhanallah) 100 kali”, maka mereka pun bertasbih 100 kali.”
Tanya ‘Abdullah bin Mas’ud: “Apa yang telah engkau katakan kepada mereka?.” Jawabnya (Abu Musa): “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu.” Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun?.”
Lalu dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berjalan dan kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia (’Abdullah bin Mas’ud) tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?”
Jawab mereka (yang sedang berzikir dalam halaqah): “Wahai Abu ‘Abdul Rahman[13]! Anak-anak batu yang dengannya kami menghitung Takbir, Tahlil dan Tasbih.”
Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk dari agama (yang dibawa oleh) Muhammad atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?.”
Jawab mereka: “Demi Allah wahai Abu ‘Abdul Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.”
[11] Iaitu gelaran bagi ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu.
[12] Maksud beliau, perkara tersebut kelihatan baik walaupun dia tidak menyetujuinya.
[13] Iaitu gelaran bagi ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ’anhu.
------------------------
Pesananku;
Pernah dahulu ada yang berkata kepadaku soal niat yang baik dalam beribadah ni. Mereka mengatakan jangan persoalkan ibadah orang lain, kerana niat mereka itu adalah baik dan semua semata-mata mendapat keredhaan Allah.
Eh aku kata, kau pergi tanya sami yang sembah buddha, kau pegi tanya sami yang dekat kuil,tanya niat dia baik ke tidak? pasti mereka akan cakap mereka bertujuan baik, niat yang baik..jadi, boleh dikira mereka juga berniat yang baik? Ini yang dikata didalam hadis diatas “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.”
Pernah dahulu ada yang berkata kepadaku soal niat yang baik dalam beribadah ni. Mereka mengatakan jangan persoalkan ibadah orang lain, kerana niat mereka itu adalah baik dan semua semata-mata mendapat keredhaan Allah.
Eh aku kata, kau pergi tanya sami yang sembah buddha, kau pegi tanya sami yang dekat kuil,tanya niat dia baik ke tidak? pasti mereka akan cakap mereka bertujuan baik, niat yang baik..jadi, boleh dikira mereka juga berniat yang baik? Ini yang dikata didalam hadis diatas “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.”
Mereka sebenarnya keliru. Bukan niat yang kita persoalkan. Tapi cara dan amalan itu yang dipertikaikan, adakah ianya bertepatan dengan ajaran dan amalan Nabi dan para sahabat?
Adakah kita lebih baik daripada nabi untuk mencipta satu amalan baru dalam agama? adakah kita lebih mulia daripada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali atau Aisyah ra ? Sebab itu setiap kali amalan yang kita lakukan, check balik adakah ianya bertepatan dengan amalan Nabi, para sahabat?
Jangan menggunakan dalil yang bersifat umum untuk membenarkan amalan baru yang kita lakukan yang sebenarnya tak dilakukan para sahabat ra..
Ingat pesan nabi mafhumnya,setiap amalan yang bukan datang daripadanya ianya akan tertolak dan nerakalah tempatnya.
wallahu alam
No comments:
Post a Comment