Jun 23, 2013

Teman

Tadi aku belek-belek folder dalam laptop. laptop yang dah lama kot teman aku dalam dunia study ni. kalau ikutkan memang dah banyak jasa sumbangan kepada aku. Terima kasih Allah.

Dalam belek-belek tu, aku terbuka folder lagu dan aku terjumpa lagu lama yang selalu aku dengar masa study. Konon boleh hilangkan mengantuk dan fokus study walhal makin melalut dengar ada. Study ntah kemana.

Biasa bende lagha konon nak dijadikan benda baik memang tak jadi. Serupa babi nak dijadikan bintang peliharaan. Tak jadi. Once aku dengar lagu ni, aku teringat bestbuddy aku dulu. Korang type je 'dear god', sure tahu punya lagu ni. Lagu epic A7x.

Budak yang selalu aku gaduh. Yang memula kenal dalam bas masa kem apa ntah, aku suruh kupas kulit limau. Yang baik hati selalu bawakkan aku makanan dari rumah, yang teman aku cari daun untuk assignment herbarium aku, dan banyak lagi kalau aku nak cerita. Baik kan?

Dalam baik-baiknya pun selalu kutuk aku. terutama bab-bab tinggi ni. Korang pepaham je la, aku malas nak ulas kang menjatuhkan kewibawaan aku je.

Alhamdulillah, dia dah selamat nikah dah ( Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair ).

“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”.

[HR Al-Bukhari]

Sabda Rasullullah s.aw. lagi :

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”.

[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

Im happy for her even masih lagi geram bila Tunang pun tak bagitau. So sekarang dah payah nak contact biasa dah ada bodyguard 24 jam. Tulisan ni pun, belum tentu dia akan dapat baca. dan aku pun tak harap dia akan baca.

Thank you to you sebab selalu rajin mendengar keluhan, selalu menjadi telinga meminjam bahu untuk menumpang beban dan hanya Allah yang mampu membalas segalanya.

err sekian..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian