Jun 13, 2013

Ilmu..,

Kalau kita cinta kepada Ilmu Allah, inshallah pasti Allah akan permudahkan kita untuk mendapatkannya. Ini kata-kata yang aku selalu dengar daripada guru-guruku.

Aku pun tak tahu sejak bila aku semakin tertarik untuk menelaah ilmu hadis. Benar kata para alim ulamak, agama itu adalah panduan cara hidup yang perlu selari dengan apa yang Nabi Muhammad telah ajari kepada para sahabat.

Mungkin ada yang kata aku hipokrit, kerana secara luaran aku adalah jenis yang huha huha. Ya aku juga manusia, bukannya malaikat yang tak punya perasaan, yang tak melakukan sebarang kesilapan. Yela, baca post-post blog ni yang lama baru tahu macam mana. hiks..

Aku mungkin tidak mampu untuk menjadi seorang yang benar-benar berilmu, tapi cukup ianya mampu menjadi panduan, menjadi penyuluh kepada diriku dan juga kepada orang yang terdekat denganku. Itu sudah memadai.

Kerana aku seorang yang tidak kuat ingatan, mudah lupa, payah menghafal, takda basic langsung bahasa arab, mengaji quran pun masih merangkak. Itu kelemahan yang aku ada. Tapi, bila dah cinta sukar untuk dilepaskan.

Aku berharap kepada Tuhan semoga dibuka jalan untuk aku mendapatkan ilmu ini dengan penuh istiqamah. Semakin aku belajar, semakin terasa banyak yang perlu aku dalami. Semakin aku belajar, semakin terasa banyak yang aku perlu perbaiki. Semakin aku belajar, semakin terasa aku begitu jahil dalam agama.

Kau rasa begitu?

Aku cukup iri hati melihat mereka yang mempunyai ilmu dalam agama. Iri hati melihat mereka yang fasih berbahasa arab. Aku iri hati melihat mereka yang berhujah hanya berdasarkan dalil dan nas alquran..?

Bukan aku belajar kerana ingin dipanggil ustaz, bukan aku ingin belajar ilmu agama bukan kerana ingin menjadi alim ulamak. Bukan. Jauh sekali untuk aku mendapat status itu. Aku hanya ingin belajar kerana Tuhan, kerana aku ingin mendidik mereka yang bersamaku, disekelilingku kelak.

Aku tulis post ni kerana terbaca satu ayat daripada seorang sahabat. dan bagi aku ianya cukup bermakna dan berkesan.

"kita jangan berasa selesa dengan pengetahuan agama Islam yang kita perolehi masa tingkatan 5 dahulu.Sedangkan telefon pun kita mahu yang terkini,mengapa dalam soal agama,kita masih ketinggalan zaman ?Tidak mahu menambah pengetahuan yang ada ?Orang yang paling mudah untuk ditipu dalam urusan agama ,adalah orang yang jahil.- kaka Biah"
err sekian

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian