Jun 10, 2013

Kedai makan makanan..,

Semalam aku supper dekat kedai mamak. Aku bukanlah penggemar kedai makan ni, tapi ini merupakan kedai pilihan kalau keluar lewat untuk makan.

Kedai mamak bagi aku mempunyai beberapa kelebihan yang lebih daripada kedai makan melayu. (cina aku tak tahu lagi sebab aku tak pernah makan dekat restoran cina). Even reputasi kedai mamak dalam aspek kebersihan sangat teruk seperti yang dikhabarkan, namun bagi aku mereka juga punya kelebihan.

Antara kelebihannya ialah tak perlu panggil mamak tu datang untuk ambil order. kadang belum sempat nak duduk, pelayan dia dah ada duduk bertenggek tunggu order yang kadang kau rasa nak pelakung je kepala sebab tak sempat nak bernafas, dia dah tanya nak makan hape segala. Kalau kedai melayu, kau kena tunggu, tak pun kau kena lambai-lambai tangan.

Lagi satu, berbanding kedai makan melayu, kedai mamak ni tak perlu kita risau untuk tertelan tulang ikan ke, tulang ayam ke, atau tertelan sudu sebab pencahayaan memang sangat terbaik. sangat cerah, sangat terang dan clear.

Kedai melayu plak, kalau boleh dia pasang lampu yang memang tahap tak nampak, memang dia akan pakai lampu tu. Tak pun dia guna lilin je untuk setiap meja. Malap gilak babi! (kalau boleh dia nak cut of bajet. Harga makan tak plak murah) Boleh jadi tersuap nasi dekat hidong bukannye ke mulut. Tak percaya, cuba pegi dinner kedai melayu, sure malap, ala-ala romantik kepalahotak.

Kalau korang tercekik sudu, aku rasa boleh je fail saman dekat kedai makan melayu tu.

Aku paling tak gemar bila pelayan ambil order sambil duduk goyang kaki di kerusi. Cuba bersungguh-sungguh sikit berkerja. Tahu kerja depa tu penat, tapi berdisiplin tu penting jugak. Reputasi tu penting untuk kekalkan pelanggan. Sebab tu kedai mamak even banyak rumors kata depa tu kotor gilak babi, tapi pelanggan dia power je tetiap malam even takda game bola.

Itu bab service. Bab sedap tak sedap itu sangat abstrak untuk dinilai. Tahap kesedapan setiap orang berbeza dan soal itu terpulanglah kepada mereka yang merasa. kan?

err sekian..

Kedai mamak ni wifi laju gak kehkeh kbye

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian