May 4, 2013

Salahkan diri sendiri

Sokong islam atau sokong jenama islam?

Dalam islam, setiap umat islam itu bersaudara. Selagi kau mengaku bahawa Allah itu satu dan Muhammad saw itu pesuruh terakhir Dia, maka kita adalah bersaudara. Asal dari Adam semuanya.

Tapi kerana perbezaan ideologi, kini keadaan itu sudah semakin terbalik. Aku khusus kan di Malaysia. Di Malaysia, warna parti apa yang kau anuti lebih penting daripada iman yang kau ada. Itu fact.

Kerana politik saling bergaduh, saling bercakaran. Berbeza pendapat sikit mula tuduh menuduh dengan perkataan yang tidak baik. Memfitnah jadi budaya. sebar segala berita yang tidak diketahui kesahihannya.

Yang dahulu kawan baik, kini sudah putus hubungan kerana perbezaan ideologi. Tapi hairan bila masing-masing melaungkan islam islam, setiap hari bercerita  inginkan hukum Allah. Tapi hal menjaga silaturahim sesama islam tidak dilakukan. Malah saling bermusuhan, saling umpat mengumpat dan saling bodoh membodoh.

Paling teruk tuduh orang lain macai kerana sokong parti yang dia tidak suka. Dia tidak sedar, kalau itu istilah macai yang dia faham, maka dia juga macai kerana sokong parti yang dia suka.

Nabi ajar supaya selidiki berita yang diterima, kerana takut berita tersebut mungkin adalah fitnah. tapi sekarang tidak. Berita itu akan menjadi sahih secara automatik bila datang daripada kumpulan sendiri, tidak kira salah atau benar, fitnah atau tiada bukti apa pun. Ini doktrin pemikiran rakyat Malaysia sekarang. Mereka malas selidik dah hanya telan bulat-bulat 'ludah' orang lain.

Tidak kira, Umno, Pas, Pkr tiada mana parti yang maksum. Mereka semua ini terlibat dengan demokrasi ciptaan Barat. Keberadaan kita didalam sistem ini adalah keterpaksaan. Jadi jangan terlalu agungkan, jangan memaksumkan parti seperti tiada keburukkan langsung.

Inikah islam yang kita nak subur di Malaysia? Islam yang berpuak-puak? Islam yang haram bagi mu, halal bagiku? Islam yang saling fitnah memfitnah? Islam sekadar dipakaian? Islam yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain? Islam yang saling berpecahbelah?

Dimana kita ketika ini?

Kerana taksub kepada PRU, islam secara tidak sedar kita gadaikan. Hilang kawan, hilang sahabat, hilang cikgu, hilang adik beradik, hilang segalanya demi kepentingan parti yang desperate untuk menang?

Kalau esok hari anak-anak kita saling bermusuhan, saling fitnah memfitnah, saling bodoh membodoh, itu adalah salah kita, bukan salah orang lain. Kerana kita yang mendidik mereka! Mereka mewarisi daripada budaya yang kita semai sekarang.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian