May 3, 2013

Jenama Islam yang semakin masyur

Mereka kata mereka islam, tapi hanya memperjuangkan jenama islam. Mereka berkepentingan ketika memutuskan satu isu, dan al quran dan sunnah bukan semata-mata menjadi rujukkan..

Inikah islam?

1. Mereka kata ulamak tidak boleh dicaci maki, apatah lagi tokguru dan para ustaz dalam pemimpin   mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka galak memaki hamun, mencaci maki orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. Mufti mereka gelar Haramsani, dahulu mereka gelar Ustaz Maza dengan pelbagai gelaran buruk (Sekarang telah disanjung kerana sokong perubahan).

Kalau ikut Islam, maki memaki, caci mencaci tidak ada terbatas kepada parti apa kau anuti. Semua ini haram dilakukan. Kau parti Umno, kau Pas, kau Pkr, kalau namanya kau islam yang mengesakan Allah, maka semua ini adalah dilarang!

2. Mereka kata tak boleh menghina orang lain, memfitnah orang lain, mengaibkan orang lain, terutama kepada kes dimana pemimpin mereka diaibkan. Tetapi bila terkena dengan parti lawan, mereka benarkan segalanya. Mereka halalkan aib, fitnah atas alasan supaya rakyat tahu pemimpin itu bagaimana.

Lihat halal bagi mereka?

3. Bila orang bukan islam membuat kenyataan negatif tentang Hukum islam dari parti mereka, mereka kata itu pendapat peribadi, dia tidak faham islam. Tetapi bila kenyataan orang islam itu datang daripada pemimpin parti lawan, dia kata itu kebodohan, parti lawan tidak menyokong hukum Allah, tidak menyokong negara islam. Walhal mereka sendiri lagi terang membantah hukum Allah. Apakah perbezaan mereka sedangkan secara jelas kedua-dua memberi komen negatif?

kita sebagai islam haruskah berpihak kepada salah satu daripada mereka sedangkan kedua-dua memberi komen negatif kepada islam?

Inikah perjuangan menegakkan hukum Allah?

4. Bila video sex csl disebarkan, mereka sebarkan, mereka kutuk, mereka hina, mereka kata tidak bermoral dan sebagainya. Tapi bila kena kepada pemimpin mereka, mereka tidak boleh menerima, malah ada pemimpin bukan islam dari kalangan mereka (yang tersebar gambar bogelnya), mereka boleh berkata itu bersifat peribadi dan mengutuk sesiapa yang menyebarkan, dan menghinanya. Dan perbuatan menyebarkan adalah haram.

Inikah perjuangan islam?

5. Bila mereka menang pru, bila mereka mempertahankan kerusi yang mereka miliki, mereka kata SPR tulus,  SPR tak rasuah. Tapi bila mereka tidak mendapat kerusi yang mereka tandingi atas alasan rakyat tak pilih, mereka kata SPR tak tulus, SPR dibeli. Adakah ini merupakan definasi  tulus bagi mereka yang inginkan islam?

6. Mereka kata perjuangan mereka adalah kerana islam, kerena mempertahankan islam, tapi berkata penuh dengan kebencian, makian, fitnah kepada kerajaan. Islam apakah yang membenarkan perbuatan negatif seperti ini?

Jangan kata bab hudud bila diri sendiri jauh daripada hukum islam.

8. Mereka gelar orang lain kafir, mereka gelar orang lain Mahafiraun, mereka gelar orang lain bapak syaitan, mereka gelar orang lain dayus, mereka gelar orang lain perempuan puaka, mereka gelar orang lain dengan pelbagai gelaran buruk hinggakan gelaran aljuburi pun datang daripada pemimpin mereka juga. Tetapi mereka kata perjuangan mereka atas landasan islam yang sebenar-benarnya. apakah?

Adakah semua ini budaya dalam islam?

Jadi adakah ini islam yang dimaksudkan?

9. Mereka kata kerajaan benarkan maksiat berleluasa, tetapi negeri yang mereka perintah juga tidak kurang maksiatnya berbanding dengan negeri yang lain. Malah lebih teruk lagi bila kepimpinan ulamak penuh dengan maksiat..,? alasan mereka, makkah pun ada maksiat. mudah. Inikah perubahan mereka inginkan?

10. Mereka kutuk, hina, maki isteri PM yang mendedahkan aurat. Mereka beri gelaran yang teruk. Mereka larang mengaji (bila tersebarnya gambar isteri pm mengaji nampak aurat) kerana tidak menutup aurat. Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mendoakan beliau diberi hidayah, mereka tidak menasihati beliau secara terus. Adakah hidayah itu milik kita? Atau adakah mereka ini kurang pandai hingga tidak tahu beza antara mengaibkan dengan menasihati ?

Apa kurangnya kita berbanding dia kalau dia xtutup aurat, dosanya antara dia dengan Allah. Kita yang asyik mengumpat, nak minta maaf tang mana? adakah mengumpat dan mengaibkan itu cara islam?

11. Mereka kata kerajaan penuh rasuah, tetapi dalam masa yang sama mereka juga melakukannya. Adakah rasuah itu halal terhad kepada parti apa yang kau anuti? adakah terms Hadiah dan rasuah itu dapat dibezakan berdasarkan parti?

Tak! ikut islam, ikut apa kata alquran, ikut apa kata Nabi..

12. Mereka kata dengan adanya parti mereka kuliah agama semakin banyak. Walhal kuliah agama sentiasa ada disurau-surau, dimasjid-masjid, tinggal kita nak pergi ke tidak. Mungkin mereka baru sedar sedangkan keadaan ini memang telah lama tersedia. Mungkin mereka keliru dengan ceramah umum politik dengan ceramah agama. Semoga Allah bukakan hati mereka untuk melihat islam secara jelas.

Jangan rasa, bila kita laungkan jenama islam, kita sudah cukup islam, kita sudah cukup sempurna dari orang lain. Lihatlah bagaimana agama melihat kesempurnaan itu. Lihatlah apa yang Nabi telah pesankan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian