May 6, 2013

GE13

Aku bukan nak ulas banyak mana pun pasal pru ni, just aku nak highlight beberapa isu penting yang berkaitan. Aku rasa semua orang bersengkang mata tunggu dan nikmati segala peritstiwa yang berlaku. kan?

By the way, Tahniah kepada BN kerana berjaya mengekalkan kemenangan. Kita tidak perlu kompang dekat media massa kita adalah majority, tetapi kita terjemah dengan undi. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada silent majority. Kita lihat, kita perati, kita selidik, kita nilai segalanya dan kita undi.

Bagi aku, pru13 ni adalah pru dimana fitnah bermaharajalela. Yang dok melaungkan islam, nak islam, mereka lah galak memfitnah dan mengeshare maklumat yang tidak diketahui kesahihanya.

Kepada mereka yang terlibat sharekan, SILA MINTA MAAF kepada mereka yang korang zalimi. Islam tak ajar untuk memfitnah orang lain. Imej islam saja tidak cukup, perlu juga mengamalkannya.






Dan ada perlbagai lagi fitnah yang mungkin aku akan siarkan. Kepada mereka yang menzalimi mereka-mereka ini, silalah sedar yang anda telah menafikan hak orang lain.

Disebabkan GE13 ni juga, aku hilang ramai rakan. tak taulah hilang ke tidak, tapi dah sampai remove, maki hamun aku disebabkan taksub dan nak orang lain setuju dengan segala pendapat mereka.

Aku tak kisah cuma bersimpati. Mungkin aku sudah dapat gambaran ini rupanya islam yang mereka perjuangkan. Islam yang membenci sesama muslim. Islam yang penuh dengan keangkuhan. Islam yang penuh dengan kebencian. Islam yang penuh dengan dendam. Islam yang penuh dengan fitnah. Bertakwalah kita kepada Allah..

Mereka tidak kurang teruk dari apa yang mereka dakwah kepada orang lain.

Bagi aku, mereka ini tidak lebih dari islam orang lain, malah lagi teruk dan dasyat. Islam menganjur perpaduan dan saling sayang menyangi, tapi mereka semai sifat benci kerana perbezaan ideologi. Mereka maki hamun orang lain. Semoga Allah beri hidayah.

sekian..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian