May 7, 2013

Islam..,

Islam adalah agama yang sangat mementingkan akidah. Iaitu mentauhidkan Allah. Kau islam bila kau mengaku Allah itu satu dan Muhammad itu pesuruhNya.

Untuk menjadi muslim yang benar-benar muslim, kau kena patuh kepada segala suruhanNya dan tinggalkan segala laranganNya. Itu basic kepada islam. Kau kena patuh segala apa yang telah dibawa Nabi Muhammad saw tanpa ragu, tanpa persoalkan. Itu termasuk dalam iman.

Tapi sekarang ni, kau boleh dicop tak islamik bila kau tak vote, tak join parti tertentu. Aku pelik. Daripada mana fahaman ni boleh berkembang. Padahal, kalau diikutkan mereka yang menuduh orang lain tak islam itu jauh lagi teruk amalannya daripada orang yang didakwa kurang islam. Disebabkan dia menyokong parti yang  bergerak atas jenama islam, maka dia sudah terlalu syumul daripada orang lain.

Dangkal..

Aku juga terkena. Mereka tuduh pelbagai macam perkara hanya disebabkan aku tidak sependapat dengan mereka yang bagi aku SANGAT JUMUD. Honestly sangat JUMUD. Adakah hanya bercerita soal politik islam itu akan meningkatkan kualiti kau sebagai muslim?

Aku rasa kalau ditanya tentang 10 sahabat nabi pun, sure terkantoi..

Perkara paling bodoh dan sangat taksub bila memikir kan diri sendiri lebih baik, lebih islam daripada orang lain. Suka aku nak ingatkan, menilai orang lain seperti itu, hanya Allah saja yang layak. Sekadar kau berteriak bertakbir dengan nama Allah, dalam masa sama solat jemaah pun kau tak lepas, takkan buat kau muslim yang baik!..

Sebab tu aku selalu kata, memperjuangkan islam itu berbeza dengan memperjuangkan jenama islam. Bila memperjuangkan islam, kita akan cuba dari dalam diri. Kita cuba belajar dan terus belajar mendalami islam. Dari hal ibadah hingga hal muamalat. Tapi kalau sekadar jenama kita teriak, maka soal mendapatkan kuasa lebih penting.

Kalau ada yang kata kita kurang islam dari orang lain, tak sokong islam kerana tak sokong parti, doakan lah mereka agar diberi hidayah. semoga dapat melihat islam dari sudut apa yang telah Nabi tinggalkan dan wariskan..Ingat, Allah pandang amalan kita, hati kita,.

Sekian..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian