May 7, 2013

Menghukum orang lain..,

1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan adalah ahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, lalu ditempatkan Allah dalam neraka. Apa yang boleh kita ucapkan ialah dengan menyandar kepada perbuatan seperti kita berkata; "Perbuatannya itu boleh menyebabkan ia diazab dalam neraka" atau "Amalannya itu adalah amalan ahli syurga", dengan syarat terdapat nas dari al-Quran atau as-Sunnah menegaskan tentang amalan tersebut (sebagai amalan yang diredhai Allah atau dimurkaiNya, atau sebagai amalan syurga atau yang mengundang neraka).

2. Adapun Nabi, ia bercakap berdasarkan wahyu dari Allah. Jika ia berkata "Si Fulan adalah ahli syurga" (sebagaimana ia ucapkan tentang 10 sahabat yang dijamin syurga), itu adalah dari apa yang Allah khabarkan kepada baginda. Begitu juga, jika baginda berkata "Si Fulan ahli neraka" atau "Si Fulan di azab dalam kuburnya" (sebagaimana ucapan baginda tentang penghuni 2 kubur yang diazab kerana mengadu domba dan tidak menjaga kencingnya), itu juga perkhabaran dari Allah. Adapun kita hari ini, tidak ada wahyu yang turun memberitahu kita si fulan adalah ahli syurga atau si fulan ahli neraka kerana tiada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad. Yang ada pada kita ialah al-Quran dan as-Sunnah yang menyebutkan amalan-amalan yang membawa ke syurga atau ke neraka dan golongan-golongan ahli syurga dan ahli neraka secara umum kecuali individu-individu tertentu yang disebut secara jelas sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Maka orang lain selain individu-individu itu masa depan mereka masih tidak pasti bagi kita.

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Umar r.a. pernah menegur di dalam khutbahnya; “Kamu sekelian selalu berkata semasa peperangan bahawa “Si Fulan adalah syahid” dan “Si Fulan telah mati sebagai seorang syahid”…Janganlah sekali-kali kamu berkata seperti itu, akan tetapi ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah s.a.w.;
مَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ قُتِلَ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Sesiapa yang gugur di jalan Allah atau terbunh (di jalan Allah), maka dia adalah syahid”.
(Hadis hasan, riwayat Imam Ahmad. Lihat; Fathul-Bari, juz. 9, bab La Yaqul Fulan Syahid).

Wallahu a'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam satu kezaliman yang dahsyat, sehingga rakyat menjadi bodoh,inilah zaman yang disebut oleh Rasulullah s.a.w:

ستأتي على الناس سنوات خداعة يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق. ويخان فيها الأمين ويؤتمن فيها الخائن ويتكلم الرويبضة.....

maksudnya: "Akan datang kepadd manusia,tahun-tahun yang menggoda (tahun-tahun yang menipu) tahun-tahun yang keliru, orang yang benar dikatakan bohong, orang yang bohong dikatakan benar, orang yang amanah dikhianat dan golongan pengkhianat diberi amanah dan golongan ruwaibidoh bercakap besar.

Dan para sahabat bertanya; "Apa ruwaibidoh itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah: "Al ammatu tatakallamu bi amril khossoh", iaitu orang awam yang tidak tahu apa-apa, tapi bercakap berkenaan perkara-perkara khusus yang besar dalam bidang agama.

Inilah zaman yang kita hadapi hari ini, walaupun demikian, Allah s.w.t memelihara agama islam, cahaya agama islam tak boleh di padamkan walaupun di seluruh dunia hari ini, musuh-musuh islam berusaha untuk memadamkan cahaya agama islam. Di Mesir, banyak penangkapan, pemimpin-pemimpin islam bukan sahaja di tangkap, tapi di bicarakan di mahkamah tentera,bukan mahkamah biasa, di Pakistan, kumpulan islam di tekan dan di tindas, seluruh dunia, termasuk di negara kita juga sedang di tekan dan di tindas, kita merasakan seolah-olah tidak boleh menang.

"Bila lagi nak menang?" Persoalan ini di sebut oleh Allah Ta'ala dalam qur'an yang bermaksud; "Adakah kamu mengira kamu boleh masuk syurga tuhan dengan mudah padahal belum lagi datang kepada kamu ujian yang di hadapi oleh mereka yang berjuang islam di zaman dulu. Mereka menghadapi ujian kesusahan dan kesengsaraan, ada di antara mereka yang di bakar api, yang di bunuh, yang dikambus hidup-hidup, yang di belah dengan gergaji, ada di antara mereka yang di penjara, dan lain-lain lagi. Mereka di goncang sehebat-hebatnya, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersama dengannya, bilakah datangnya pertolongan Allah? Bila lagi nak menang? Maka Allah Ta'ala menjawab, ingatlah pertolongan Allah itu hampir.

Kosong said...

Diakhir zaman, umat islam itu terlalu ramai, tetapi hanya seperti buih dilautan. itu ingat Nabi..Mereka tidak bersatu dan tidak mengamalkan islam dengan baik..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian