May 8, 2013

Anak muda nakkan islam?

Tadi aku ada terbaca satu status di laman media tentang seorang anak muda yang menggesa PM memperbanyakkan majlis agama. Dia berkata anak muda sekarang dahagakan agama.

Bagi aku gesaan ini sangat kontradik dengan apa yang berlaku didunia nyata sekarang. Mereka berkata anak muda dahagakan agama. Bagaimana mereka kata anak muda dahaga agama? Dengan inginkan parti lain berkuasa? adakah itu salah satu kayu pengukur mereka?

Aku ambil contoh, tak usah jauh. Ditempat aku berada sekarang adalah tempat dimana ramai mahasiswa. Yela nama jugak unibersiti kan? haha. Kawasan ini terletak lebih daripada 1 kolej kediaman. yakni sangat ramai penuntut menginap disini.

Kawasan ini hanya terdapat satu surau yang bagi aku agak kecil untuk menampung jumlah jemaah (ikut banyakknya kolej kediaman) yang akan solat pada satu-satu masa. Nampak tak bagaimana jumlah anak muda itu ramai?

Tapi amat malang bila waktu solat, kadang tak cukup 2 saf untuk satus-satu jemaah. Waktu dikira ramai, bila nak exam dan masa ramadhan. Itu pun masa ramadhan, masa solat isyak.

Disurau ini jugak, dalam seminggu tidak kurang daripada 5 kelas ustaz datang mengajar. Dan masa yang diambil sangat strategik dan tidak akan mengganggu masa belajar iaitu waktu diantara solat maghrib dan isyak. Maksudnya, kau hanya perlu duduk tak lebih sejam dalam majlis ilmu itu.

Namun apa yang malangnya, kau boleh bilang dengan jari jemaah yang hadir mengikuti kelas tersebut. Dan kalau nak dikata, para mahasiswa  tak tahu wujudnya kelas agama tersebut itu sangat dangkal. Ye sebab ajk surau telah tampal jadual kuliah disetiap blok, disetiap papan kenyataan DAN suara ustaz yang memberikan ilmu itu boleh didengar daripada bilik.

Adakah ini menunjukkan anak muda inginkan islam atau hanya sekadar inginkan parti yang dia dokong menang? Aku mengenali mereka yang konon berperanan dalam gerakkan mahasiswa islam, berdasarkan cara berpakaian dan aktiviti yang mereka jalankan. Namun agak malang kerana muka-muka ini pun juga jarang dilihat.

Jangan kata mereka payah untuk mendapatkan kelas-kelas agama, atau majlis-majlis ilmu ketika ini kerana kelas-kelas itu memang wujud tapi hanya diri yang takda kesedaran untuk mengikutinya.

Salahkan diri sendiri bukan orang lain!

Kalau tak percaya, cuba check surau yang berdekatan. Cuba tanya ajk surau/masjid tersebut. Tanya ada tak kelas agama dijalankan. Berapa kali seminggu mereka adakan. Kalau sekadar mampu mengangkat bendera parti dan bertakbir sana sini ilmu islam tu takkan bertambah! Itu takkan menjadikan kita lebih mahir dalam ilmu agama.

Cuba rajinkan diri seminggu berjemaah di surau/masjid berdekatan. kau akan tengok orang yang sama akan datang ke surau/masjid tersebut. Begitu juga kelas agama yang diadakan. Kau akan lihat hanya golongan tua yang akan memenuhi majlis tersebut. Golongan muda mana yang konon dahagakan ilmu agama ni? Tu tengah dok melalak di facebook memaki hamun orang lain yang tidak sealiran dengannya. Letak status islamik sikit, konon nak ini nak itu tentang agama. cukup. Cakap dengan orang lain kata tak nak islam, tolak islam.

Helo brothers, orang lain yang kau tuduh tak nak islam tu berusaha jauh lebih baik cari ilmu agama berbanding kau. Ntah-ntah tanya soal hijrah Nabi pun kantoi.

Jadi, sama-sama kita muhasabah diri. Jangan cepat tuduh orang lain dengan perkara yang buruk. Takut nanti diri tu sebenarnya lebih buruk daripada orang lain.

Check diri balik toksa fikir jauh pasai orang lain. Tengok diri sendiri dahulu..

wallahu 'alam

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian