May 10, 2013

Berita palsu..,

sekarang, hampir semua orang menyebarkan berita yang tidak pasti dan berita yang palsu. Hampir semua. Penyebaran berita-berita ini semakin galak dilakukan biarpun yang bergelar muslim dan muslimah.

Apatah lagi berita yang disebarkan itu memberi credit kepada parti yang dia sokong, maka tanpa fikir panjang berita tersebut mudah dikongsikan dengan orang lain. Lepas sebarkan tuduh dan maki hamun orang lain.

Aku kesian bila kita cuba untuk menjawab berita tersebut, kita akan dicop sebagai mereka yang memfitnah. Kita akan dicop macai BN. Padahal ini berkait dengan isu agama. Isu penyebarkan fitnah. Isu menyebarkan berita palsu.

Namun, kerana imej islam yang diperjuangkan, maka semua itu menjadi halal. sungguh kesian.

Aku berdoa, semoga fitnah PRU ini akan cepat lenyap dan umat islam bersama-sama membendung gejala penyebaran berita palsu ini. Bukan kerana kepentingan politik, tapi kerana akidah. Kerana agama.

Jika kau pejuang islam, yang memperjuangkan agama, kau akan tahu dan sedar bahayanya menyebarkan berita fitnah. Dosa yang kau akan tanggung meliputi orang yang mendengar, membaca berita tersebut. Bayangkan. Mungkin sepanjang hayat kau akan tanggung.

Aku cuba bersikap natural dalam isu berkait agama. Kerana islam ini melebihi daripada ideologi politik yang aku sokong. Ingin aku jelaskan disini, tidak kita siapa pelaku fitnah, baik dipihak gov atau opps, semua ini jelas melanggari hukum syarak dan totally salah! Jadi jangan jadi penegak fitnah semata-mata berkepentingan. Ingatlah balasan Allah.

wallahu' alam


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian