May 19, 2013

Yang tak betul..,

Hari tu aku pergi satu karnival jualan buku. Buku macam-macam ada. Dari buku yang takda faedah sampai buku yang pelbagai faedah. Aku macam biasa, belek-belek cari buku yang berkenan. 

Sekarang ni sangat payah nak cari buku yang betul2 memberi manfaat. Even buku agama. Buku agama pun ada yang banyak sebar perkara bidaah, perkara yang sekadar berdasarkan akal semata-mata ketika berhujah.

Dalam banyak-banyak buku, aku terpandang alquran yang pelbagai kaler. Dari kulit luar sampai isi dalam penuh dengan kaler warna warni..Geleng kepala aku lihat. Sumber agama kita dah serupa buku-buku novel biasa yang hanya sekadar luaran menjadi tarikan.

Mungkin ada yang berpendapat, ianya bukan isu besar. Ini adalah usaha untuk menarik anak muda untuk membaca alquran. Aku geleng kepala bila fikir. Oii, alquran ni tak perlukan benda luaran untuk menjadikan ianya menarik atau apa pun, ini adalah mukjizat Nabi!

Mengubah golongan muda untuk mendekati islam, untuk mendekati alquran bukan dengan mempercantikkan hiasan alquran tu, tapi didik hati mereka, pupuk jiwa mereka supaya mendekati islam dengan baik.

Foundation bila dah kukuh, tak perlukan luaran untuk menjadikan ianya menarik. Bila dalaman dah baik inshallah mereka akan rajin untuk baca alquran, hafal alquran, fahami makna alquran even alquran ditulis diatas batu sekalipun..

Tarbiyyah mereka untuk mencintai islam. Tarbiyyah mereka untuk mencintai sunnah. Tarbiyyah mereka untuk mencintai Allah dan Rasul, inshallah bila asas telah kukuh mereka akan mudah menilai baik buruk sesuatu perkara.

“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” [Ali Imran : 164]

Begitu juga dakwah agama. Ceramah agama dan sebagainya. Tidak perlu untuk mempelbagaikan dakwah dengan memasukkan unsur-unsur yang melalaikan seperti lawak-lawak BODOH yang berlebihan hinggakan orang lebih menunggu lawak sang ustaz berbanding sisi agama yang dia ingin sampaikan.

Tidak perlu. Kalau asas-asas agama telah diterapkan kepada golongan muda ini,sunnah dan sebagainya, Inshallah tanpa lawak jenaka pun akan ramai surau dan masjid akan dipenuhi. Kualiti itu lebih penting berbanding kuantiti.

Jangan semata-mata kita ingin dakwah berkesan, kita masukkan unsur-unsur bidaah yang Nabi pesan sesat.

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :

'Barangsiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini (agama ini) yang bukan berasal daripadanya maka ia tertolak.' [riwayat al-Bukhari]

Kata Abdullah Ibn Umar RA,

'Setiap bid'ah itu sesat sekalipun manusia memandangnya sebagai baik.' [al-Ibanah al-Kubra, Ibn Battah]

Berhenti cemarkan agama dengan perkara yang melalaikan. Fokuslah kepada mentauhidkan Allah. Ingat pesan Nabi bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan masuk neraka dan hanya 1 golongan yang akan selamat iaitu mereka yang berpegang dengan alquran dan sunnah baginda.

Agama ini telah sempurna. Kalau bukan Nabi sebagai ikutan kita, siapa lagi?Ingat, Dalam hal ibadah, kita harus mengikuti segala apa yang telah nabi ajarkan, bukan daripada pak ustaz, bukan daripada imam, bukan daripada kiyai, bukan daripada siapa pun tetapi Muhammad saw.

wallahu 'alam

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian