Mar 4, 2013

Mencari arah..,

Dari tadi aku asyik bergolek ke kiri dan kanan atas katil empukku ini. Bukan disebabkan terfikir tentang krisis lahad Datu ke, or tentang politik kekurangan matang negara kita ni, tak! tapi disebabkan penangan Nescafe ice yang aku minum masa dinner semalam. Hebat dan power.

Sampai sekarang mataku belum ada tanda-tanda nak layu. Segar sentiasa. Orang kata, nak cepat tidur kita kena baca buku, kena basuh kaki, kena selawat, kena segalanya petua. Dan semua aku telah cuba. Tapi still tak mengantok. Bayangkan betapa bebalnya mata. Padahal pagi esok aku kena pergi ke fakultas awal pagi  untuk menunaikan tanggungjawab. Ini semua salah saitan.

Petang tadi aku ada berborak dengan rakan seakidah. Borak tentang isu pencerobohan rakyat filipina. Dia ada tanya pasal how sabah sekarang? aku jawab seperti biasa je. Cuma yang bezanya pihak keselamatan semakin banyak berkeliaran. Alhamdulillah. Demi menjaga kedaulatan negara. kan?

Tapi kalau kau dengar daripada media alternatif, sure ko akan terasa yang sekarang di sabah seperti apa yang berlaku di syiria sana. Berlaku huru hara. Berlaku peperangan. Berlaku kacau bilau. Rakyat berkunci rumah. Walhal, sabah sekarang still seperti biasa, cuma mereka sekarang perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan serangan 'mundu' ni. itu saja.

Berbeza dengan apa yang digembar gembur media alternatifkepalahotak. Nampak tak the reason why Islam larang kita sebarkan maklumat yang belum diketahui kesahihannya? Tapi ramai yang so called islamic tak faham tentang hal ini, atau buat-buat tahu dan update segala hal yang dia dapat tak kira berita tu betul atau tidak.

Andaian dijadikan hujah yang kukuh untuk menunding salah ke sana ke mari.

Secara peribadi, aku berpendapat inilah akibat daripada politik songsang yang terlalu taksub ingin berkuasa. Kesannya semua perkara dia tarik untuk mencari populariti walaupun mungkin membahayakan keselamatan awam khususnya dan umumnya mencabar kewibawaan negara. Permainan politik seperti ini adalah SAMPAH! tangan-tangan ghaib yang semakin berperangai syaitan ini tidak memikirkan rakyat melainkan melihat peluang yang ada untuk menghentam pihak lawannya.

Rakyat yang taksub pula akan memainkan peranan dengan menunding salah ke arah mana yang dia benci. Kini bukan 'kebenaran' yang dijadikan penanda untuk diberikan sokongan melainkan batang tubuh. Salah menjadi benar dan benar menjadi salah. Rakyat seperti ini boleh diibaratkan seperti lembu yang boleh ditarik ke sana ke mari tanpa arah tujuan. 

Jangan kita mengagamakan politik!

Ps : Semakin ramai yang mempunyai ciri-ciri 'Ruwaibidhah' sekarang ni..semoga kita terhindar daripadanya,,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian