Mar 2, 2013

Lahad Datu dan cerita rakyat..,

Kecoh satu Malaysia tentang serangan daripada rakyat filipina yang gelar diri mereka 'tentera sulu' (Ikut daripada media alternatif). Dari yang kecik sampai  yang tua semua bercerita isu ini dengan variasi yang pelbagai.

Ramai beri pendapat isu pencerobohan ni. dan seperti biasa kebanyakkannya bersifat tin kosong. Idea dicurah seperti datangnya daripada budak sekolah menengah yang tidak tahu berfikir secara rasional.

Paling dangkal bila ahli politik dan para pentaksub mereka cuba menangguk di air keruh dengan memberikan provokasi yang bodoh dan bebal. Korang tak rasa nak muntah ke bila semua hal nak dipolitikkan?

Mengeruhkan lagi keadaan bila maheran yang dok share everything yang dia baca dengan orang lain. Dia tak kesah benda tu betul atau tidak, janji dia share dengan orang lain. Biar orang lain tahu dia uptodate. Walhal SAMPAH!

Firman ALLAH dlm Surah al-Nisaa' ayat ke-83:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; kalau mereka kembalikan hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja di antara kamu.

Kata al-Imam Ibn Katsir rahimahullah: "Ini adalah Pengingkaran ke atas mereka yg segera mencari perkhabaran sebelum mendpat kepastian lalu menyebarkannya sedangkan boleh jadi ianya tidak benar". [Tafsir al-Quran al-Azim, 2/365]

Al-Syaikh as-Si'di rahimahullah dlm Tafsir beliau menyatakan ini adalah satu pengajaran dripada ALLAH kpd kaum Mukminin supaya jika dtg berita yg berkaitan maslahah umum kaum Muslimin sama ada ia berita Gembira atau Buruk, JANGAN mereka segera menyebarkannya, tetapi hendklah dikembalikan kpd pihak berkuasa, jika mereka (pihak berkuasa) melihat ada maslahah utk dihebohkan maka ia dihebohkan, jika mereka melihat pd menyembunyikannya terdapat masalahah maka ia disembunyikan.
[Rujuk: Tafsir Taisirul Karim al-Rahman, Tafsir ayat 83 surah al-Nisaa'].

Ikutlah sunnah. Berdoa kepada Allah supaya segalanya dalam lindunganNya. Bukan sekadar share sana sini isu ni, kerana itu tidak memberi faedah kepada diri atau kepada orang lain.

Berhenti membuat provokasi basi dan menyebarkan berita tanpa kita tahu kesahihannya.

Semoga semua dalam lindungan Allah..

Ps: Jangan buat fitnah! Jangan rasa kita sangat islamic sampai HALAL bagi kita lakukan benda mungkar..


(sekadar Hiasan)

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian