Feb 28, 2013

Fikir!

Zaman sekarang adalah zaman yang penuh kecanggihan. Zaman yang sangat pantas. Zaman yang penuh dengan kepelbagaian idea, sumber, teknologi dan sebagainya. Pokoknya yang boleh aku katakan ialah zaman penuh dengan 'kepantasan'.

Sekarang, jarak bukan menjadi masalah. Sekarang, malam sudah seperti siang. Tiada apa yang menjadi penghalang. Sering dilaungkan dengan istilah 'dunia tanpa sempadan'. Bagi aku slogan ini penuh dengan kebathilan.

Tanpa sempadan, kita akan kembali kepada zaman jahiliah. Percaya atau tidak kita sebenarnya telah sedikit demi sedikit kembali kepada zaman jahiliah itu tetapi dengan versi ala-ala kemodenan.

Berhala semakin giat dibina, bunuh bayi dan pelbagai lagi kemungkaran yang aku rasa kita semua tahu tentang perkara itu.

Persoalannya ialah salah siapa terjadi semua itu?

Adakah kita ingin meletakkan sepenuh kesalahan itu kepada pihak pemerintah?atau diri kita sendiri yang sememangnya penuh dengan keburukkan? Penuh dengan kemungkaran? Penuh dengan kemaksiatan?

Aku lihat sekarang, ramai yang peduli salah orang lain sedangkan salah sendiri didiamkan. Ini perangai yang sangat dangkal!

Tapi itu manusia. Mudah termakan dengan kata-kata orang lain. Bangkai gajah didepan mata mereka tak nampak, tapi bangkai semut diseberang laut mudah dia melihatnya. Mereka melihat perkara besar untuk mengubah perkara kecil, padahal perkara asas diabaikan.

Bagi aku, sebelum ingin mencari kesalahan orang lain, perbaiki dahulu kesalahan diri, kesalahn keluarga, sanak saudara dan sebagainya. Jangan lihat kebaikkan yang sedikit yang kita lakukan itu menjadikan kita HALAL untuk menentukan syurga neraka orang lain. Jangan jadi firaun. Menjadi Tuhan untuk orang lain.

Perlu ingat, hidayah itu milik Allah. Sedangkan Nabi tidak ada upaya memberi hidayah, apetah lagi kau yang ilmu hanya setitis air liur? Sekarang bukan masanya menentukan kau kafir atau kau islamic. Sekarang masanya perlu menuntut ilmu agama.

Jangan kita jadi pentaksub! Orang lain buat salah, haram, tapi bila kumpulan kita buat, halal!. Islam itu mudah. Kalau salah, tak kira kau siapa benda itu tetap akan salah, takda pengecualian.

Kembalilah kepada ajaran yang Nabi tinggalkan. Jangan sekadar cakap, tapi lakukan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian