Mar 12, 2013

Jalan Golongan selamat..,

Alhamdulillah, ramai kini mulai cenderung mendekati islam dengan baik. Walaupun ada yang sekadar ingin dilihat islamic dan sebagainya, apa yang penting kecenderungan itu yang patut kita doakan selalu agar ianya terus berterusan seperti air yang mengalir.

Dipelbagai media dan suara masyarakat, kini  setiap perkara pasti dihubungkait dengan pandangan islam itu sendiri. Dalam pelbagai bab masyarakat apa pun. Nampak tak sinar itu berlaku?

Bukan kerana kuatnya parti politik yang dikata so islamic. Bukan. Tetapi keadaan ini jelas disebabkan dakwah islam itu telah dipelbagaikan, dan ramai ilmuan islam yang mengabdikan diri berdakwah tanpa henti untuk mentauhidkan Allah.

Tapi buruknya pemahaman bila kita telah merasa diri cukup baik daripada orang lain, cukup alim daripada orang lain, cukup handal dalam berhujah bab agama, cukup tertib dalam menjaga adab pergaulan, cukup gah menjaga penampilan islamic, kita mula menyisih mereka yang kita anggap 'kurang islamic' daripada kita.

Ini adalah kejahilan yang sangat perlu diubah. Pemikiran jumud seperti ini adalah pemikiran yang tidak akan dapat menjadikan islam itu berkembang, tetapi hanya menjadikan islam dipandang serong segelintir masyarkat yang masih kurang pemahaman tentang islam.

Kita takut untuk beri kebaikan kepada orang lain dengan mengajak mereka bersama, ke usrah, ke kuliah agama dan pelbagai lagi medium yang boleh mendapat ilmu agama terus.

Ingatlah, berbuat baik kepada orang lain itu juga adalah dakwah, memberi pertolongan kepada orang lain itu juga adalah dakwah. Tidak mahukah kita bersama-sama dengan orang lain untuk menempah kejayaan?

Dalam sirah dakwah Nabi, dia pernah menyuap seorang buta tanpa jemu setiap hari walaupun dia dimaki hamun oleh orang tua itu. Yang akhirnya bila orang tua itu tahu dia telah disuap oleh seorang Nabi yang sentiasa dimakinya, dia menyesali perbuatannya dan memeluk islam. Dan ada banyak lagi contoh dakwah Nabi yang sangat unggul dan sepatutnya kita contohi.

Bukan mengasingkan diri dengan orang lain seperti kita adalah ahli syurga dan orang lain adalah ahli neraka!

Jika kita ingin melihat islam itu bersinar, sila tukar kejumudan kita berfikir dan bertindak. Berdakwahlah dengan melakukan kebaikkan, berdakwahlah dengan senyuman. Jangan bezakan dakwah kepada ahli sahaja, atau geng sekepala sahaja, tapi perluaskan kepada orang lain.

Kata Nabi, “Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada ALLAH, mendengar dan mentaati pemerintah, sekalipun yang menjadi pemerintah itu adalah hamba ‘abdi Habsyi (yang berkulit hitam). Maka sesungguhnya, sesiapa masih hidup di antara kalian selepasku akan melihat banyak perselisihan, maka berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Pegang erat-erat dan gigit ia dengan gigi geraham kalian. Jauhi setiap perkara yang baru (dalam agama), kerana sesungguhnya yang baru itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah sesat.’” (Sunan Abu Dawud)

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian