Jan 14, 2013

Penulisan..,

Dalam padang penyelidikan, antara part yang paling memerlukan kesabaran adalah part writing. Dan stage inilah dimana aku berada sekarang. Alhamdulillah. Walaupun sedikit mencabar, tapi kena juga dilalui.

Menulis untuk thesis pengajian agak berbeza dengan menulis didalam blog. Di dalam blog, kita tidak terikat atas mana-mana peraturan dan kita bebas untuk menulis, meluah, dan mempelbagaikan corak dalam menulis samaada nk buat kuak lentang atau pun free style. Pokoknya ikut suka hati kau.

Tapi menulis thesis, setiap apa yang kau nak tulis terikat dengan pelbagai corak dan peraturan yang kau kena patuhi. Tidak boleh mengikut gaya selain yang dibenarkan. dan ini bagi aku sangat payah, tapi sangat mendisiplinkan diri.

Penulisan akademik memerlukan kau menyediakan bahan bukti yang sahih atas setiap idea yang cuba kau lontarkan. Kalau boleh, setiap idea hatta 'ah' pun perlu dikemukan bukti bertulis daripada penyelidik lain.

Halnya sedikit sama bagaimana kita beriman kepada hadis nabi atas setiap perbuatan kita. Seorang ulamak pernah berkata, jika perlu mencari hadis nabi berkaitan dengan menggaru kepala, maka kita perlu menggunakan hadis itu untuk menggaru kepala. Lihat bagaimana pentingnya hadis itu dalam kehidupan seharian. Intipatinya adalah kita sebagai umat Nabi harus mengikuti segala amal perbuatan yang ditinggalkanya. Sehampir yang mungkin.

Berbalik kepada penulisan thesis, jadi perbezaan ini yang kadang menyebabkan menulis thesis agak mencabar hati dan minda selain daripada kesabaran.

Semoga kesabaran ini Allah berikan ganjaran sebaik-baiknya..inshaAllah

2 comments:

syalinda johari said...

goodluck untuk thesis and your master okey...doa banyak2 pada allah swt..insyaallahh...

Kosong said...

amin, amin..he terima kaseh

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian