Jan 15, 2013

Menghormati dan dihormati..

Dua perkataan yang menjadi tajuk entri kali ini adalah saling berkait antara satu dengan yang lain. Biar aku berterus terang, artikel ini  sebenarnya adalah sebagai respon kepada peristiwa yang berlaku di UUM dimana seorang mahasiswa yang dikatakan dimalukan dikhalayak ramai. Lihat link disini.

Seperti biasa ramai yang bertempik lagak seorang pahlawan untuk memberi respon yang pelbagai kepada peristiwa tersebut. dan berdasarkan pemerhatian, kebanyakkannya adalah negatif dan berbaur kepartian.

Bagi aku mudah. Nak orang lain hormat kita, kita perlu hormat orang lain. Analogi yang mudah untuk diamalkan. Lihat peristiwa dimana ketika dizaman Nabi. Ada seorang pemuda telah kencing didalam masjid. Nabi tidak memarahi pemuda tersebut sebaliknya dia sendiri membasuh kawasan yang kotor tersebut.

Lihat bagaimana akhlak nabi? Menghormati orang lain menjadi prioriti kemudian baru bertanya kenapa perbuatan itu dilakukan.

Begitu juga dengan kita. Untuk mendapat penghormatan orang lain, kita harus dan perlu terlebih dahulu menghormati orang lain. Bagi aku tidak salah menyuarakan pendapat, akan tetapi ianya perlulah disesuaikan dengan suasana. Kita perlu menghormati dimana kita berada dan dengan siapa kita bercakap dan bagaimanakah cara kita menyampaikan pendapat tersebut.

Kalau kita ingin hak kebebasan kita dalam bersuara dan memberikan pandangan itu diterima, kita juga harus terlebih dahulu menerima hak kebebasan orang lain untuk mengkritik dan menerima pendapat orang lain itu. Sifir yang mudah.

Hormati majlis kerana mereka yang berada dimajlis tersebut juga mempunyai air muka. Sebab itu mahasiswa mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat, kerana golongan ini mempunyai tahap pendidikan yang cukup baik yang memungkinkan mereka terdidik dengan akhlak yang baik, berbudi pekerti dan tahu menghormati orang lain.

Kalau kita inginkan soalan dijawab dengan baik, bertanya dengan baik. begitu sebaliknya.

Setiap orang mempunyai pandangan dan YES, aku bersetuju dengan pandangan ahli panel tersebut tentang Ambiga. dan aku juga tidak bersetuju dengan ahli panel tersebut yang merendah-rendahkan beberapa perkara tentang audience yang bertanya soalan itu. Walaubagaimanapun aku sangat tidak bersetuju dengan cara audience itu bertanya yang jelas tidak menghormati majlis.

Hormat terlebih dahulu sebelum kita mendapat penghormatan dari orang lain.

Kesimpulannya ialah, pandangan manusia itu sentiasa berbeza antara satu dengan yang lain. Payah untuk mempunyai pendapat yang sama. Jadi, kembalilah kepada dua perkara asas agama iaitu alquran dan as sunnah sesuai dengan kefahaman para sahabat, inshallah kita tidak akan pernah berbeza.

Lagi satu, berhenti untuk menjadi tin kosong di laman sosial atas perkara yang kita tidak ketahui secara langsung dan jelas, cukup kita tahu, bukan kita sebarkan atau kita beri ulasan yang penuh sifat SAITAN..

Semoga kita diberi hidayah Allah atas kelemahan diri ...

wallahu 'alam

Ihsan daripada facebook..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian