Jan 17, 2013

Bizi..,

Bekerja dalam tekanan ni memerlukan kesabaran yang jitu. Sangat diperlukan. Hal inilah yang aku rasakan sekarang. Aku kalau boleh habeskan 'pekerjaan' ini secepat mungkin. Biar boleh berbakti kepada orang tua, biar boleh merasa nikmat berdua dan sebagainya.

'Dan sebagainya'  tuntasnya. Amek, bahasa kemain tinggi..kehkeh..

Buat masa sekarang aku boleh termasuk dalam kategori busy. Yes busy dalam menyiapkan hal dunia yang sementara ni, busy dengan mencari duit sampingan untuk diri dan keluarga, busy dengan rakan, busy dengan mencari ilmu Agama. Pokoknya sangat busy. yes secara tuntasnya....

Dunia ni kita perlu membusykan diri untuk mencari diri, mencari matlamat, mencari yang hakiki dan mencari 'harta' selepas mati. Kalau busy kerana hal keduniaan saja, bagi aku sangat merugikan. Jadi jangan jadi mereka yang rugi berganda.

Sebenarnya tadi aku kena telah di 'bersih'  oleh cikgu yang menjadi penunjuk arahku disini. Yes dibersihkan dengan berilmiah. Dan aku terima dengan hati yang penuh membara. hahaha, aku ni jenis yang cepat terasa jugak. Touching bahasa lembutnya. Tapi aku tahu, semua itu hanya permainan hati. (walaupun terasa jugak give upnya)

Beginilah dunia pelajar. Tertekan ditekan dan menekan. Semua alasan sentiasa kerana kekurangan masa. Padahal, Allah dah bagi 24 jam sehari semalam. Masih mengeluh dan terus mengeluh kekurangan masa. Muhasabah yang terkena batang hidung yang kembang. ya Allah..

Semoga dipermudahkan segalanya. dan kamu kalau juga busy, jangan mengeluh dengan masa, tapi cuba menerima dan mengikut masa dengan baik. ingat 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan...."

Sebagai kesimpulan, semoga Allah melihat setiap usaha ini, keikhlasan ini dan memberikan kemudahan sebaik-baik perkara..Amin..

Wallahu 'alam..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian