Jan 18, 2013

Kita ni manusia selalu menjadi orang yang mudah lupa dan tidak pernah puas. Itu hakikat. Kepada mana-mana sahaja manusia diatas muka bumi ini. Cuma beza antaranya ialah ada yang pandai mengawalnya,ada yang tidak. Aku termasuk dalam golongan yang pandai kawal dan pandai tak kawal. Secara tuntasnya he.

Pelbagai medium untuk tidak pernah puas. Dari hal kerja, hal belajar, hal makanan, hal pakaian, hal duit, hal ibadah, hal orang lain, hal rumah tangga orang lain dan pelbagai hal yang kekadang hal orang lain pun kita tak merasa puas...

Paling yang tak boleh difikir akal bila kita tak berpuas hati dengan orang lain punya hal. Yakni menjaga tepi kain, menjaga tepi seluar orang lain. Perbuatan ini adalah tidak pernah puas yang sangat teruk. Cuba baca balik hadis nabi tentang 'ghibah'.

Rasa tidak pernah puas ni datang daripada syaitan. Cuba rujuk semula bagaimana Allah boleh melaknat syaitan kerana tak menerima apa yang diperintah kepadanya. Jadi mahukah kita menjadi syaitan?

Bila ada kawan baru, kawan lama kita tinggalkan. Bila ada isteri, ibu bapa kita abaikan. dan pelbagai perkara lagi secara tidak sedar kita sebenarnya tidak merasa puas terhadap apa yang kita ada. Apa yang kita miliki.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian