Jan 21, 2013

Tahu boleh, jangan sebarkan!

Aku ni jenis orang yang suka melawan arus dalam berfikir. kritis orang kata. Tapi bagi aku, ikut suka hati kepala hotak aku lah nak fikir bagaimana. Takkan aku nak ikut fikiran orang lain plak kan? nonsen!

Jadi, disebabkan aku selalu berfikir dari pelbagai sudut, aku selalu je terlibat dengan idea yang menongkah arus, melawan angin, meredah bukit dan sebagainya. Tapi aku beridea ada asas, bukan sembang kosong macam orang hisap gam.

Isu yang paling melampau aku rasa sekarang ialah pasal histeria dekat uitm lendu dekat melaka. Aku tak faham siapa lah pedajal yang buat cerita sampai ada yang histeria sampai boleh terbang bagai. Gilak! aku syak ini mesti budak yang selalu tengok cerita hantu dekat tibi.

Dan yang paling tak logik akai dan minda ku uuu (ternajwa latip plak) bila ada yang dok takda akai dan agama boleh percaya cerita dari tangan ke tangan ni dengan penuh khusyuk dan tawaduk. saitan apakah merasuk begini?

Betullah telaan jaman internet ni jaman penyebaran fitnah yang sangat dasyat. Sangat dasyat. kalau ada yang dok cerita ada orang mati hidup semula selepas dilanggar lori pun sure ada yang pegi sebarkan. Takda keje ke hape? pergi la membajak sawah ke, pergi belajar agama ke lagi berpekda..

Nabi berpesan, cukup kita menyebarkan berita yang kita tidak ketahui kesahihannya kita termasuk dalam orang yang pendusta..Tahu boleh, sebarkan tak perlu!

Kau sebarkan berita yang boleh menyebabkan orang lain takut terlebih melebihi kuasa Allah pun kau dah mengajak orang lain mensyirikkan Allah. kau nak dapat credit masuk neraka?

Kau ada facebook bukan bermakna kau boleh sebarkan segala berita yang kau jumpa. Kau ada twitter bukan bermakna kau jadikan trending berita yang tak tahu kesahihannya. Jangan disebabkan nak uptodate dengan isu semasa kau tergolong dengan golongan yang suka menyebarkan berita palasu..

Ingatan kepadaku jugak...

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian