Pantai mana yang
tak pernah dilanda badai..itulah ibarat hati atau jiwa kita bila diuji dengan
resah dan kecamukan..setiap insan dilahirkan dengan naluri fitrah iaitu suatu
perasaan yang diciptakan Allah untuk kembali kepadanya di atas kebenaran...sang
insan yang hatinya hidup akan terus mencari cari kebenaran
tersebut..berbahagialah mereka yang disirami hidayah kebenaran di dalam hatinya
untuk meniti di atas kebenaran dan istiqamah sehingga datang suatu saat yang
telah tertulis baginya untuk dipanggil pulang bertemu Penciptanya dengan
membawa amalan soleh dan keyakinan yang benar terhadap Yang Maha Mencipta..
"(Iaitu)
di hari harta dan anak-anak laki-laki tiada lagi berguna, kecuali orang-orang
yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (Asy-Syu'ara': 88-89).
Beruntung dan
berbahagialah mereka yang hidupnya beragama dengan Sunnah Rasulullah S.A.W dalam
akidah, ibadat, akhlak dan seluruh kehidupan. Mereka mendahulukan dan
menetapkan diri mereka dengan ‘qalallah’ dan ‘qalarasulullah’ biarpun didatangkan
berbondong bondong manusia hebat cuba meggelincirkan hati mereka.
Sunnah yang
‘disongsangkan’
Mungkin kita
terlupa atau memang tiada dalam memori sesetengah Muslim dengan istilah ‘Sunnah’.
Akibat kejahilan dan kegelinciran akal memahami istilah yang cukup besar dalam
Islam ini menyebabkan ramai yang terus jauh dari agama walaupun mereka
merasakan dekat dengan agama. Agak malang apabila golongan agama yang
diharapkan membawa obor Islam sendiri gagal memahaminya dan berlakulah tragedi ‘guru
kencing berdiri, anak murid kencing berlari’. ‘Sunnah’ disempitkan dengan
tafsiran songsang seperti ‘amalan sunat..benda remeh temeh..tak buat takpe sah
jugak...’ dan ‘sunnah tu berlegar dengan pakai jubah, serban, celak, makan
dalam talam beramai ramai, berpoligami’. Itulah realitinya ‘sunnah’ hanya
berkisar dan berputar dengan tafsiran tersebut sahaja. Mari kita kembali kepada
tafsiran ulama salaf (dalam lingkungan 300 Hijrah) dahulu apa itu Sunnah..
Al Imam
Al-Barbahahari (wafat 329 H)
‘Ketahuilah sesungguhnya
Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam, tidak akan berdiri salah satunya
kecuali dengan saudaranya dan dari sunnah berpegang teguh dengan jamaah (iaitu
para sahabat). Barangsiapa yang benci jamaah dan meninggalkannya bererti ia
telah menanggalkan Islam dari pundaknya dan bererti ia telah sesat dan
menyesatkan’
(Syahus Sunnah hal. 21)
Betapa besarnya
nilai Sunnah, Sunnah itu adalah metodologi dalam beragama. Sunnah itu peraturan
dan perintah. Sunnah itu pegangan dan cara hidup.
Sunnah Nabi bukan
bermaksud hukum sunat yang menjadi lawan kepada hukum wajib tetapi ia bermaksud
jalan pemikiran, pendekatan, perbuatan, perkataan, pembawaan pegangan Nabi
dalam beribadat dan beragama.
Secara umumnya
sunnah terbahagi kepada dua, pertama Sunnah Amaliyyah, kedua Sunnah
Tarkiyyah.
Sunnah Amaliyyah
bermaksud apa sahaja yang disuruh atau digalakkan oleh Nabi ke atas umatnya
seperti qiyamullail, berpuasa dan berkahwin.
Sunnah
Tarkiyyah pula bermaksud apa sahaja yang ditinggalkan (tidak dilakukan)
oleh Nabi dan Baginda tidak pernah menyuruh atau menggalakkannya.
Dengan perkataan
lain, jika melakukan amalan (keagamaan) yang dilakukan Nabi itu dilihat
mengikut sunnah, maka tidak melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi
itu juga dilihat sebagai mengikut sunnah.
Cukuplah khazanah
Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi itu untuk diamalkan. Layakkah kita untuk
amalkan bukan dari Sunnah walaupun ia dari Ustaz, Ustazah terkenal?? Nabi adalah
sebaik baik manusia, manusia paling tahu berkaitan agama, wahyu diturunkan
padanya, Jibrail kawannya, paling bersih hatinya, pernah bertemu Allah..siapa
para Kadi, Imam, Ustaz, Ustazah itu dan kita untuk menambah walaupun satu zarah
dari agama??
Imam Al Auza’i
berkata:
‘Teguhlah di atas
sunnah! Berhentilah di tempat mereka berhenti! Ucapkanlah seperti yang mereka
ucapkan! Tinggalkanlah apa yang mereka tinggalkan dan tempuhlah jalan
salafussolehmu! Sesungguhnya sudah cukup untukmu apa yang telah cukup untuk
mereka’
(Dikeluarkan oleh Al-Ajuri dalam Syariah hal.58)
Bermuhasabah
dan kembali kepada kebenaran...
Detik waktu terus berjalan
dan saat penamat semakin hampir...muhasabahlah..kembalilah kepada Sunnah..carilah,
bongkarlah, amalkan, dan istiqamahlah dengan Sunnah sebelum mata tertutup buat
selama lamanya..pada saat roh dibawa pergi itulah pasti hadir kekesalan yang
teramat bagi mereka yang mengingkari petunjuk Sunnah dalam
hidupnya..berbahagialah mereka yang tetap dan sabar di atas ujian selama
berpegang dengan Sunnah pada hari tersebut melihat janji Allah Yang Maha Agung..janjinya
pasti benar..bergembiralah..
Perbetulkan akidah
kita sesuai dengan pemahaman salafussoleh..mantapkah pengetahuan kita tentang
tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ wa Sifat? Sudahkah kita kenal siapakah
golongan Jabariah, Qadariah, Wa’idiyah, Murjiah, Jahmiah, Khawarij, Muktazilah,
Syiah, Nawasib supaya tidak terjebak kedalam pemikiran kita?..sudah betulkah
wuduk kita sesuai Sunnah? sudah betulkah solat kita sesuai sifat solat Nabi?..bagaimana
dengan doa Iftitah, bacaan rukuk, sujud, yang pelbagai jenis dan lebih dari
satu? Sudah diperbetulkan wirid selepas solat mengikut hadis sahih? ataupun
masih lagi mengulang bacaan sama yang dihafal ketika usia hingusan ketika di
bangku sekolah rendah sewaktu kelas KAFA?
Kembalilah kepada
jalan salafussoleh dalam memahami agama..itulah jalan kebenaran yang
hakiki..buangkan ego dan kesombongan..
Rasulullah s.a.w
bersabda
‘Tidak masuk
syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah dari kesombongan’
Kemudian beliau
bersabda:
‘Sombong itu menolak
kebenaran dan meremehkan manusia’
(Hadis Riwayat Muslim)
Tunduklah pada
kebenaran..tunduk kepada kebenaran nescaya kita selamat di negeri yang kekal
abadi..tidak pernah sang insan yang tunduk pada kebenaran sejarah menulisnya
dengan kehinaan..
Ya Allah!
Istiqamahkan diri kami dalam Sunnah NabiMu dan matikan kami dalam Islam dan
Iman. Amin.
1 comment:
“Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu. (Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa”.
Post a Comment