Jan 27, 2013

Makan punya cereta..,

Bab makanan ni perkara yang harus selalu kita pentingkan, selain daripada bab akidah. dan yang pasti, aku sememangnya sangat cerewat memilih makanan. aku syak, kecerewetan ini diwarisi daripada parents aku.

Bukan menyalahkan, tetapi fakta. Terutama ibu. dan daripada cerita ibu, ayah juga ikut memilih dalam bab makanan hasil pengaruh dia. Kita dalam islam sememangnya dididik untuk menjaga bab makan memakan ni. Terutama bab halal dan haram. Sebab, itu merupakan punca penyakit. orang putih kata 'you are what you eat'.

Sebenarnya sekarang aku tengah lapar dan sekarang ni tengah hujan. Bayangkan. Jadi payah untuk aku dapatkan makanan. Ini semua sebab satu gerai tengah hari tadi. sampai aku takda selera makan, dan skg baru pula terasa lapar.

Aku pegi makan tengah hari tadi. Lepas tu dipendekkan cerita terjumpa lipas dalam makanan.

Sampai sekarang geli sampai ke tulang sum-sum. Bayangkan dah menyuap dua tiga kali, bila dibelek-belek sayur, jumpa lipas terkangkang terselit dicelah sayur. Ko rasa hape? meremang tekak..

Aku malas nk cerita panjang pasal tuan punye gerai yang buat nothing happen tu dekat sini. Semoga Allah membuka hatinya untuk sentiasa menjaga kebersihan makanan digerainya.

Pengajarannya, berhati-hati bila memilih gerai menjamu selera ni. Bukan saja perlu menitik beratkan halal haram, tapi kebersihan juga penting. Jenguk-jenguk gak dapur segala he..

#semoga bakal isteriku nanti boleh menyediakan makanan untuk aku he

1 comment:

Anonymous said...

sematnya penceritaan anda seolah-olah anda yang terjumpa lipas dalam makanan..bukan bakal isteri anda. syabbas

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian