Feb 4, 2013

ala tegal biasa..,

Kebelakangan ni, aku sibuk menyiapkan kertas kerja untuk menjadi bos. projek bersama beberapa rakan yang lain. Penat tu, Allah saja yang tahu. Berbekas otak memikirkan pelbagai perkara. Mungkin begini padahnya menjadi seorang dewasa.

Pelbagai perkara datang sekaligus. Sampai aku kadang-kadang sukar untuk mengadaptasi dan menghandlenya untuk selari dengan gaya kehidupanku. Payah. Kadang aku berangan, kalau aku berjaya kelak, ini mungkin cerita yang akan aku berikan kepada wartawan yang bertanya. ok angan-angan mat jenin.

Bayangkan, buat kerja untuk beberapa perkara yang aku sendiri samar-samar untuk mengenalpasti yang mana satu patut aku letak sebagai priority buatku masa ini. Samar yang aku sengajakan.

Sekarang, aku berhempas pulas untuk menyiapkan draft thesisku yang inshallah akhir bulan dua ini aku submit. sekaligus hantar notis sana sini. Lagi cepat lagi bagus. Hanya tinggal sebeberapa perkara lagi yang harus aku perbaiki. Kalian tolong doakan semoga tiada dugaan lagi yang akan datang.

Selain itu, aku juga buat part time untuk kelangsungan hidup disini. Yang payah bila perlu memenuhi dateline yang diberikan..dan, aku juga perlu menyiapkan kertas kerja projek untuk menjadi bos ini. Sangat mencabar dan memenatkan. Tergesa-gesa dalam pelbagai perkara.

Bangun pagi pasti terasa banyak perkara telah tertinggal untuk disiapkan. Tapi aku redahkan segalanya dengan bilang kepada hati, Allah ada memerhati usaha kecil ini. Jangan mengeluh dan terus berusaha. Itu aku pegang menjadi peransang.

Orang selalu bertanya kepadaku, kenapa masih ingin berhempas pulas belajar dan tidak bekerja? aku sudah penat untuk menjawab soalan sebegini. Soalan yang semakin remeh bagiku. Cukup aku katakan, tunggu 2 atau 3 tahun lagi kau lihat apa yang terjadi. dan kadang, aku hanya diam saja.

Kejayaan itu bermula dengan usaha bukan angan-angan kosong.

wallahu 'alam..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian