Jan 25, 2013

Jangan bilang cinta, kalau tak buktikan..

Aku perati, selalu saja segelintir manusia membandingkan perkara-perkara yang salah. Samaada dia ini memang pentaksub atau dia memang dungu dalam bab itu. Aku bersangka baik. mungkin dia kurang ilmu.

Bila kita berhujah tentang satu-satu perkara tentang bidaah dalam agama. mereka selalu membandingkan dengan perbuatan mungkar yang lain. Misalnya;

"baguslah dia buat benda tu demi kebaikkan walaupun bidaah, daripada dia pergi konsert yang ntah pape tu?'

Lihat? Bagaimana nafsu itu didahulukan melebihi perkara agama. Ingat pesan Nabi, setiap bidaah itu adalah sesat, dan setiap kesesatan itu neraka tempatnya. Perbandingan begini tak tepat. dan sangat bebal.

Bagi aku, lebih baik pergi konsert berbanding ikut perkara bidaah.

Bila kita ikut perkara bidaah, kita tak tahu perkara tu betul dan kita akan tetap melakukannya atas jaminan ianya baik dan 'mungkin' diterima Allah. Padahal kita sebenarnya dalam kesesatan, dan menyesatkan lagi bila kita mengajak orang lain turut sama.

Berbanding pergi konsert, kita tahu salah, dan hanya tang tu je kita silap pergi. dan mungkin selepas tu Allah berikan hidayah.

Perkara seumpama ini perlukan ilmu. Yes ilmu. Ia tak akan datang dengan sekadar kita pakai kepiah setiap hari. ia takkan datang bila sekadar pergi share something yang konon baik di facebook. Ilmu tu datang dengan kita mencarinya. Ilmu itu harus selari dengan apa yang Nabi sampaikan kepada para sahabat.

Jangan beramal dengan perkara yang kita tak tahu asal usulnya. Jangan beribadah dengan berdalilkan bahawa perkara itu adalah kebaikkan. Jangan beribadah dengan berdalilkan kerana perkara itu tiada larangan tetapi Nabi tak pernah ajar.

Tak elokkah bila kita cuba mengikuti setiap tutur perbuatan Nabi? Apa yang Nabi tinggalkan itu juga Sunnah, bukan sahaja apa yang dia telah ajari. Itu kena faham.

Kalaupun berlakunya khilaf para ulamak, carilah pendapat yang paling hampir dengan Nabi..

Kita kata sayang Nabi, tapi kita tak cuba untuk mendekatkan setiap amalan yang kita lakukan itu supaya hampir dengan segala amalan baginda. Semoga tiada riak dihati kita untuk menerima segala  sunnahnya dengan lebih terbuka.

# Bukan berarak yang Nabi suruh untuk tunjuk rasa kasih kepadanya, tetapi ikuti segala contoh yang dia telah tunjukkan. dari amalan, perbuatan, tutur kata, ibadah, dan sebagainya.

نَبِّئُونِي بِعِلْمٍ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
“Kabarkanlah kepadaku berdasarkan ilmu, jika kalian adalah orang-orang yang benar.”QS Al-An’aam, 6/143

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian