Dec 31, 2012

Jalan yang berliku..,

Nabi pernah berpesan. Umatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 saja yang akan masuk ke syurga. Iaitu mereka yang kukuh berpegang kepada Al quran dan sunnah Baginda.

Perkara ini jelas. Tiada jalan lain yang selamat selain berpegang kepada dua perkara ini.

Akhir-akhir ini, baru aku tersedar dan melihat secara jelas bagaimana umat islam itu sendiri menggunakan ilmu kalam untuk berhujah. Bukan lagi berlandaskan 2 sumber utama. Aku tidak tahu samaada mereka sedar atau tidak. Semoga Allah memberikan Hidayah.

Sebab itu pentingnya ilmu yang benar. Ilmu adalah ubat kepada kejahilan. Tetapi keikhlasan kepada Allah adalah asbab untuk memperolehi hidayahNya. Apa makna ikhlas? Menghapuskan segala kesyirikan dalam setiap amalan. 

Contoh, 'kita mencari kebenaran kerana Allah'. Kerana kita ingin melihat indahnya islam. Tetapi kalau hati telah dinisbahkan kepada sesuatu perkara untuk mencari kebenaran, kita akan sentiasa dalam kekeliruan.

Perkara utama yang penting adalah akidah. Perumpamaanya adalah seperti akar pada sebuah pokok. Kuat akar itu mencengkam bumi, kukuhlah pokok itu. dan sebaliknya juga akan berlaku bila akar itu tidak cukup kuat mencengkam bumi, pokok itu akan mudah tumbang.

Manusia juga begitu. Akidah adalah perkara penting dalam diri seperti wujudnya akar pada pokok. Ramai mengaku berakidah ahli sunnah wal jamaah. Tetapi perkara syirik dia lakukan. Dia mengaku sayang kepada Nabi, tetapi perbuatan Nabi dia tinggalkan, perkara baru dia agungkan.

Berkali-kali para alim ulamak berkata, kalau benar logik akal mengatakan perkara baru itu baik, bermanfaat, sudah tentu Nabi telah lakukan. Kembalikanlah ajaran Nabi seperti mana ianya disampaikan. Keupayaan kita sebagai manusia biasa untuk mengenalpasti kebaikkan terhadap sesuatu perbuatan adalah sangat terhad berbanding Nabi, berbanding para sahaba, berbanding para ulamak terdahulu.

Nabi berpesan, amalan itu akan tertolak bila ia tidak bersumberkan daripada Baginda.Islam yang Nabi tinggalkan telah cukup sempurna. Analogi islam itu adalah seperti segelas air yang penuh. Menambah air lagi ke dalam gelas akan menyebabkan air itu akan tertumpah. Begitulah bidaah atau benda baru dalam agama.

Tetapi logik akal atas bisikkan syaitan pasti akan meragukan hati. yang berbunyi begini "Takkan lah Allah tak terima amalan yang dilakukan umat islam untuk mencari keredaanNya walaupun ianya bukan bersumberkan Nabi? kan?"

Semoga Allah mengampunkan kita dan memberikan kita hidayah atas kejahilan ini. 1) kita telah mempersoalkan kekuasaan Allah dalam menentukan sesuatu perkara 2) Kita secara tak sedar menidakkan sunnatullah 3) kita sudah seperti Nabi baru yang memperolehi wahyu untuk satu amalan yang baru.

Jawapannya mudah, ianya ada pada ilmu yang Nabi telah wasiatkan kepada kita iaitu alquran dan hadis. Kejahilan itu datang kerana kurangnya ilmu yang benar. Jika tiada ilmu, akal akan memainkan peranan. 

Jika berlaku khilaf para ulamak, carilah pendapat yang paling hampir dengan sunnah Baginda.

Tinggallah perkara baru dalam amalan yang tidak datang daripada Nabi, yang tidak diwarisi para sahaba, yang tidak diajar para ulamak. Berhenti berdalilkan logik akal semata-mata. Jika ramai yang mengamalkannya pun, itu tidak menjadi jaminan yang ianya benar dan ianya datang daripada nabi (lihat ajaran sesat, berapa ramai pengikutnya. adakah mereka benar?).
Ingat hadis nabi tentang "Ghuraba".

Semoga kita memperolehi Hidayah Allah s.w.t.

wallahu 'alam

2 comments:

Anonymous said...

boleh tak makan dalam surau?

Kosong said...

Boleh

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian