Jan 4, 2013

Apakan fitnah yg lebih besar dr engkau mendahului Rasulallah saw dlm melakukan ibadah..?

Dalam sebuah atsar (riwayat tokoh ulama Tabi'in):

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ طُلُوعِ الْفَجْرِ أَكْثَرَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ يُكْثِرُ فِيهَا الرُّكُوعَ، وَالسُّجُودَ فَنَهَاهُ، فَقَالَ: يَا أَبَا مُحَمَّدٍ يُعَذِّبُنِي اللهُ عَلَى الصَّلَاةِ؟ قَالَ: "لَا وَلَكِنْ يُعَذِّبُكَ عَلَى خِلَافِ السُّنَّةِ "

“Daripada Sa’id B. Al-Musayyib (rahimahullah), bahawa beliau melihat seseorang mengerjakan lebih dari dua rakaat solat sebaik terbit fajar yang mana ia memperbanyakkan ruku’ dan sujud. Lalu beliau (Sa’id B. Al-Musayyib) pun melarangnya. Maka orang itu pun berkata, “Wahai Abu Muhammad (Sa’id), adakah Allah akan mengdzab saya kerana mengerjakan solat?” Maka Sa’id pun menjawab: “Tidak, tetapi Allah akan mengadzab engkau kerana menyalahi sunnah.” (Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 4131. Mushannaf ‘Abdirrozzaq, no. 4755. Dinilai sahih sanadnya oleh al-Albani)

*************

"....sama seperti orang yang solat sunat sebelum subuh melebihi 2 rakaat,.. bila dilarang oleh Imam Malik,..apa katanya..ya Abu Abdillah..adakah aku akan diazab gara2 aku solat..? Apa Imam Malik jawab...laak, engkau xakan diazab gara2 solat itu, tp engkau akan diazab kerana engkau xmengikuti sunnah Nabi saw dlm beribadah,... apakan fitnah yg lebih besar dr engkau mendahului Rasulallah saw dlm melakukan ibadah..? "

Beribadahlah sebaik mungkin, sebanyak mampu, tapi perlu diingat apa yang paling penting ialah ianya benar-benar datang daripada Nabi saw, bukan amalan yang datang daripada mimpi atau daripada pak ustak yang merasakan kebaikkan/kafiat amalan tersebut.

Nabi pernah berpesan, peganglah agama itu erat-erat umpama menggigitnya dengan menggunakan gigi geraham, jika direntap pun pasti ianya tidak terlepas. Begitu juga dengan agama, pasti kamu tetap akan berada di jalan yang benar jika terus berpegang kepada apa yang diwariskan baginda. Berbaliklah kepada sunnah Nabi jika perkara itu berkaitan dengan agama. "Sekecil kecil sunnah adalah sebesar-besar perkara dunia."

Wallahu 'alam..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian