Dec 29, 2012

Tidak salah solat Subuh 5 rakaat, bahkan lebih pun boleh.

Demikian jika mengikut kaedah penghujahan para penggemar amalan bid'ah. Apabila dilarang daripada melakukan ibadah yang bid'ah dalam agama, mereka sering berpaut pada hujah akal mereka: "Memanglah Nabi tak ajar ibadah ini, tetapi bukankah ia baik dan tidak ada larangan daripada Nabi?"

Berdasarkan kaedah mereka ini, sesiapa sahaja boleh mencipta apa jua ibadah yang dia suka selagi ia di pandang baik oleh akal dan tidak ada larangan Nabi yang menyebut secara khusus ibadah itu sebagai suatu yang dilarang. Seumpama solat Subuh 5 rakaat di atas, bukan ia baik dan tidak ada nas yang melarangnya?

عن سعيد المسيب: أنه رأى رجلا يصلى بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين، يكثر فيها الر كوع والسجود، فنهاه، فقال: يا ابا محمد! يعذبني اﷲ على الصاة؟ قال: لا! ولكن يعذبك غلى خلاف السنة.

“Daripada Said ibn al-Musayyib radhiallahu‘anhu, bahawasanya dia telah melihat seorang lelaki solat setelah terbit fajar lebih daripada dua rakaat. Lelaki itu memperbanyakkan rukuk dan sujud dalam solatnya itu. Lalu beliau pun melarang lelaki itu berbuat sedemikian. Maka lelaki itupun berkata kepadanya: “Wahai Abu Muhammad! Adakah Allah mengazabku di atas solat yang aku kerjakan ini? Beliau menjawab: Tidak!, akan tetapi Allah mengazabmu kerana perlakuanmu ini menyelisih sunnah (cara Nabi shalallahu‘alaihi wasallam)” - Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab al-Solat, no. 4445.

Dalam kitabnya, Irwa’ al-Ghalil, jilid 2, mukasurat 236, Syaikh Nashiruddin al-Albani rahimahullah berkata ketika mengulas hadis hadis di atas:

“Ini adalah jawapan yang sangat baik daripada Said ibn al-Musayyib dan merupakan senjata yang paling tajam terhadap ahli bid’ah yang sering menganggap baik perbuatan bid’ah dengan label zikir dan solat, kemudian mereka mengingkari ahli sunnah yang mengingkari perbuatan mereka dan menuduh ahli sunnah mengingkari zikir dan solat. Padahal, ahli sunnah sebenarnya hanya mengingkari penyimpangan mereka dari sunnah dalam tata-cara dan perlaksanaan zikir, solat dan amalan yang seumpama.”

*************
Ikut kata 'mereka', boleh lah solat magrib sampai 20 rakaat, kerana tiada larangan berbuat demikian. Bagi mereka walaupun perbuatan menyelisihi sunnah, tetapi selagi tiada larangan, perbuatan amalan tersebut adalah hukumnya 'harus'.

Lihat bagaimana sunnah itu diselisihkan dan alasan mereka?

Teringat dahulu ada seorang ustaz pernah berkata memerli mereka yang mengikuti sunnah. Bila ada soalan ditanyakan kepadanya bolehkah mengamalkan bacaan yassin setiap malam jumaat yang terang menyelisihi sunnah. (Sunnah baca surah kahfi).

Ustaz tu berkata, 'jadi nanti masa diakhirat malaikat akan tanye, kau kenapa masuk neraka? dan dijawab ahli bidaah tersebut, sebab aku baca surah yassin. Jika diteliti, alasan logik akal yang dia kemukakan memang tak masuk akal. Masakkan Allah ingin menghukum orang yang membaca yassin? 

Namun dia tak sedar, perbuatan menyelisihi sunnah itu yang akan menyebabkan dia di azab diakhirat kelak. Berkali-kali kita membaca pesanan Nabi, dua perkara yang dia tinggalkan, kalau kita berpegang teguh kepadanya, pasti kita tidak akan tersesat yakni Al quran dan sunnah Baginda.

Mereka kata orang yang berpegang kepada sunnah terlalu ketat, terlalu kuno, terlalu jumud. Bertaubatlah kalian kerana menghina apa yang Nabi telah wasiatkan ini. Semoga Allah memberi hidayah sebelum dia menarik balik segala nikmat kepada kamu.

Baik pada pandangan manusia biasa tidak sama baik pada pandangan Nabi saw. Kerana Baginda tidak menggunakan akal melainkan atas petunjuk daripada Allah.

Berhentilah melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah Nabi. Berhentilah mencipta amalan baru untuk melakukan amal ibadah kepada Allah kerana apa yang ditinggalkan Nabi ini kepada kita sudah cukup sempurna segalanya. Berhentilah memaksa dalil untuk membenarkan segala perbuatan yang bercanggah dengan apa yang Nabi ajarkan.

Jika logik akal anda ikuti untuk melakukan penambahan dalam agama maka anda tidak kurang seperti iblis yang tidak ingin tunduk kepada Nabi Adam as kerana dia juga menggunakan logik akalnya untuk menidakkan perintah untuk sujud kepada Nabi Adam. (Dia mengatakan (logik akal) bahan yang dia diciptakan lebih mulia berbanding Adam as yang dicipta daripada tanah).Dia tidak sedar Allah maha mengetahui siapa lebih mulia.

Jika masih lagi anda menggunakan logik akal untuk menyelisihi sunnah Baginda, maka anda tidak kurang seperti para penghina Nabi saw.

Ps : Semoga diberi Hidayah Allah. Lebih baik digelar dengan pelbagai gelaran buruk daripada menyelisih sunnah Nabi..

Wallahu 'alam..

8 comments:

Anonymous said...

betul juga tu

Anonymous said...

itu bukan perkara furu'

Kosong said...

Semoga Allah memberikan kita hidayah..,

Anonymous said...

Waraqah bin Naufal pernah berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Tidak ada seorang pun yang datang dengan memikul ajaranmu kecuali akan dimusuhi." Hadis riwayat al-Bukhari, no. 7 dan Muslim, no. 160.

Kosong said...

furu'? ada khilaf para ulamak ke soal solat subuh 5 rakaat?

Anonymous said...

maksud saya rakaat bg solat tu benda yang dah tetap, tak de perbahasan

Kosong said...

kena tahu ayat sarcasm..

Anonymous said...

terbau bau-bau manusia yang menggunakan akal..,

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian