Dec 28, 2012

Dakwah kontemporari..,

"Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, boleh tuan nasihatkan saya bagaimana menjadi pendakwah melalui nasyid?"

Hamka said:

Dik, dakwah terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit ‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip? keretamayat juugak, adohai..

Ps: Dakwah terbaik adalah cara Nabi. Like.

**************

Ramai yang ingin melahirkan insaf kepada orang lain dengan perkara shubaha. Aku pelik dan sangat pelik. Aku bersetuju dengan pendapat brother hamka. Untuk melahirkan rasa insaf dan kembali kepada islam, kita perlu mengikuti sunnah nabi, cara nabi.

Adakah anda bersetuju alunan bunyi gitar yang mendayu-dayu itu boleh melahirkan rasa sayang, rasa insaf, rasa tawaduk kepada islam berbanding mendengar zikir memuji Allah?

Adakah anda merasakan nasyid itu boleh mendatangkan kesedaran, keinsafan, rasa taubat kepada Allah kepada kita untuk lebih mengingati Allah? (atau sekadar hiburan 'islamic' kepada kita?)

Ada banyak lagi dakwah kontemporari yang disesuaikan kepada masyarakat kerana dikatakan dakwah cara nabi kini tidak sesuai digunakan pada zaman ini.....Nauzubillah..

Tanam dalam hati. Segala apa yang Nabi saw lakukan ianya sentiasa terbaik sepanjang zaman. Tidak kira pendekatan Baginda dalam berdakwah ke, pertuturan, buah fikiran Baginda ke, tingkah laku Baginda ke atau apa pun yang datang daripada Baginda semua adalah yang terbaik.

Kesan kepada hati itu yang kita perlu cari. Bukan 'kesan' yang sementara. Dakwah yang paling penting ialah dengan mengajarkan ilmu kepada mereka bukan mencari asbab untuk mereka insaf membabi buta.

Jika tidak, jadilah mereka manusia yang hanya tertarik dan bersungguh-sungguh untuk pergi 'ceramah' yang boleh bergelak ketawa saja, tetapi mereka meninggalkan solat berjemaah di rumah Allah. Jadilah mereka manusia yang tertarik dengan musik sahaja, yang konon boleh memberi keinsafan kepada mereka berbanding mereka sendiri berzikir memuji Allah.

Jika tidak jadilah mereka yang berkata ' ala yang penting aku bertudung walaupun aku pakai baju ketat ke hape, daripada aku tak bertudung langsung'. Mereka akan berkata, 'ala yang pergi surau tu pun belum tentu masuk syurga, at least aku solat walaupun kadang2, daripada aku tak solat langsung'. 'ala mereka tu menunjuk-nunjuk, biar lah aku tak solat, tak tutup aurat, yang penting aku tak mencuri'..

Lihat kejahilan bila tiada ilmu?

Dalam islam tiada 'sekurang-kurangnya'. Kalau sampai suruhan Nabi yang sahih kita perlu 'sami' na, wa ata' na'. Suruhan dilakukan, larangan ditinggalkan.

Bila hanya kita mementingkan semangat mendekati islam berbanding menerapkan ilmu yang dalam kepada mereka, inilah yang akan terjadi kepada masyarakat kita.

Itu belum cerita lagi dakwah dengan menyebarkan keburukkan orang lain, keaiban orang lain yang konon supaya si pelaku sedar, supaya orang lain sedar. Tidakkah mereka sedar mengaibkan itu adalah dosa?

Ubat kepada kejahilan adalah ilmu. Memupuk untuk lebih mendalami islam adalah dengan ilmu. Bukan dengan musik, bukan dengan lawak jenaka, bukan dengan pelbagai lagi perkara lagha tetapi ilmu.

wallahu 'alam

Ps : Kualiti itu lebih baik daripada kuantiti. Jangan menjadi seperti buih dilautan.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian