Nov 10, 2012

Kerja atau belajar, mana bahagia?

Aku hangin bila ada sesetengah orang mempertikaikan apa yang orang lain nak buat, apa yang orang lain nak lakukan, atau apa yang orang lain nak apa pun atau bagaimanapun (perkara baik). Bagi aku, perspektif kau dengan orang lain terhadap sesuatu perkara itu adalah berbeza. Jangan ingat, pandangan kau adalah pandangan muktabar yang orang lain perlu ikut..

Bila ditanya ke aku, mana yang bahagia  antara kerja dan belajar? of course aku akan jawab dengan penuh yakin dan berani, aku akan kata  bahawa belajar itu lebih bahagia berbanding bekerja. Tapi itu pendapat peribadi. dan ianya mungkin tidak sama apa dengan apa yang orang lain rasa. Jadi ianya mungkin hanya valid ke aku saja. 

Samaada belajar atau kerja, itu sebenarnya terpulang kepada masing-masing. Yang mana antara dua tu memberi impak positif kepada kau, atau memberi kelebihan kepada kau (terutama dalam meningkatkan mutu diri) serta kepada keluarga kau, maka itu adalah pilihan yang terbaik, mantap dan semat untuk kau.

Tidak mungkin perkara luar seperti ingin berbangga diri atau nak buktikan kepada orang lain yang kau tu pandai gilak babi, atau apapun alasan untuk riak sebagai asbab kau memilih antara dua pilihan ini. 'neraka tidak'! sebenarnya pilihan yang kau buat itu adalah atas panduan daripadaNya. 

Jangan pertikai kalau orang lain ingin belajar berbanding mencari kerja. apetah lagi konon sekarang ramai kata peluang pekerjaan itu memang payah nak dapat, even nak dipanggil interview misalnya (bagi aku kerja itu banyak, tetapi nak cari yang sesuai dengan apa yang kau belajar itu yang payah). Jangan! Kerana Itu adalah pilihan mereka. Mungkin mereka telah menimbang pelbagai kreteria yang kau sendiri tak tahu. 

Bila aku lihat orang lain consider nak kerja berbanding sambung belajar, aku lagi suka diam daripada memberi komen. Aku tahu, aku tak tahu pun kenapa dan mengapa mereka memilih untuk bekerja dan aku rasa itu adalah hak mereka untuk menentukannya. dan yang paling penting, aku malas nak ambil tahu.

Setiap orang mempunyai keinginan dan cita-cita yang berbeza. Sebab itu, setiap pilihan mereka akan berbeza. Orang kata, rambut sama hitam, tapi hati lain lain. Tapi sekarang, rambut dah boleh kaler pelbagai warna. Jadi, soal orang lain nak buat apa, itu terpulang kepada mereka selagi ianya bukan perkara yang tidak baik.

Berbalik kepada aku. Bila orang lain tanya kenapa aku nak bersusah payah untuk belajar lagi berbanding untuk terus mencari kerja dan kahwin?(kahwin adalah tipikal kepada penghujung soalan. selalunya) Aku biasanya jawab ya, aku belajar tapi dalam masa yang sama aku bekerja. Tapi mungkin gaji yang aku terima sekarang kurang sikit beberapa ratus berbanding mereka yang bekerja fulltime. dan  yang penting ini adalah keputusan yang terbaik dan muktamad bagi aku. kenapa?

Bayangkan, aku belajar dalam masa sama aku dapat duit COMPARE dengan kalau aku berkerja aku dapat duit. Mana lagi berbaloi?

Aku dapat income (walaupun tak banyak) dan bila lepas belajar inshallah aku akan perolehi Master atau PHD. Tapi bila aku bekerja, aku hanya dapat income bulan-bulan walaupun mungkin aku dapat timba pengalaman bekerja.

Pilihan ini jugak diperkuatkan lagi bila ramai kawan aku yang telah bekerja, even dah ada tempat dalam sektor pekerjaan itu, dapat gaji bulan-bulan, asyik mengeluh dengan bebanan kerja dan pelbagai 'kerja rumah'. Jadi, kerja atau belajar, susah itu tetap kita alami. Bezanya bagaimana kita mengatasinya.. kan?

Untuk kata belajar tu lagi membebankan berbanding bekerja bagi aku itu perlu diperincikan lagi, sebab aspek tekanan itu tetap sama. 

Kalau nak diikut, pengalaman belajar di level selepas degree ini sangat penting. Terutamanya dalam bab-bab public relation, macam mana berkomunikasi dan sebagainya. Perkara inilah yang sangat penting dan berharga.

Jika kau rasa bekerja akan memberikan banyak kelebihan, jadi carilah kerja. Dan jika kau rasa belajar itu akan memberi banyak kelebihan pada kau, maka belajarlah. Tapi jangan sesekali melihat pilihan orang lain itu berdasarkan perspektif kau yang mungkin berbeza dan mempertikainya.

Dan apa yang penting ialah, setiap apa yang kau pilih itu samaada kerja atau belajar, kau elakkan untuk mengeluh dan mengeluh. Ingat, bila kau telah tetapkan pilihan, Allah telah dahulu tahu apa yang kau akan hadapi dan alami. Redha dan terus berusaha.

Ps : Masa belajar ni, kau masih mampu enjoy, bergaya dan paling penting masih boleh berperasaan muda... hahahah

4 comments:

Datin said...

don't compare apples with oranges!

Anonymous said...

saya stuju dengan pendapat anda....=)

Anonymous said...

Untung la bole blajr. aku ni x pnah ad pluang sambng bljr. ak fresh graduate sijil kmahirn. ak nk smbng diploma walau umur da tua sikit tpi fmily ak x bgi.. alasannye byk pkai duit laa.. umur da tua laa.. huhu.. ksian ak.. skrg ak kne cri keja tpi hati ak x bahgia. spe yg btol.. spe yg slah.

Kosong said...

Inshallah rezeki Allah ni luas, tak belajar tinggi pun boleh berjaya...

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian