Nov 7, 2012

Kebebasan..,

Seorang lelaki terlibat dengan sebuah kemalangan. Dia terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok. Keretanya remuk dibahagian hadapan. Mungkin kereta buatan tempatan. fikirku jelek.

Tapi lelaki itu bernasib baik. Dia tidak mati walaupun keretanya remuk teruk. Hanya kakinya patah tersepit. Dia bersyukur. Orang ramai banyak berkumpul. Lebih kurang 20 orang berada ditempat kejadian. Tapi, hanya 2 3 orang yang menolong. Yang lain, menangkap gambar dan berbual sesama sendiri. Berteori konspirasi bagaimana kemalangan itu berlaku. Tipikal manusia zaman sekarang..

Ada yang berpendapat disebabkan kecuaian pemandu, ada yang berpendapat itu disebabkan makhluk halus, dan pelbagai teori. Itu rupa warganegara malaysia. Selalu berpersepsi basi. Tak kira melayu cina india dan lain-lain. Aku pukul rata semua sama.

Selepas itu lelaki yang terlibat dalam kemalangan itu dihantar ke pusat rawatan. akan tetapi orang ramai tersebut bukan menghantarnya ke hospital, akan tetapi menghantarnya ke bengkel kereta. Yang sakit bertambah parah.

Itu analogi apa yang berlaku sekarang. Mekanik disuruh mengubati pesakit. Doc bercakap tentang undang-undang. Pensyarah sejarah bercakap tentang ekonomi. Politician bercakap soal agama. Mereka bercakap bukan dalam bidang kepakaran mereka..

Apa yang aku nak cerita disini ialah, bila orang yang bukan ahlinya bercakap soal agama, jadilah dia sesat lagi menyesatkan. Sekarang, kebebasan bersuara, hak asasi manusia semakin lantang dilaungkan. Aku tidak pasti apakah puncanya dan bagaimanakah mereka yang mengaku islam mengagungkan teori hak kebebasan manusia ini..ridiculous!

Ada golongan yang sanggup melacurkan agama dengan mengatakan hak kebebasan beragama itu berdasarkan surah albaqarah ayat 256. Sedangkan apa yang dimaksudkan ayat itu jauh daripada kefahamannya iaitu kebebasan itu hanya kepada orang bukan islam, tetapi orang islam jika telah mengaku bahawa Allah itu tuhan yang esa dan Muhammad itu pesuruhNya, maka dia wajib mentaati segala perintah dan larangan dalam agama.

Lebih malang lagi bila suara sumbang itu juga dengan lantang menyuarakan pendapat bahawa golongan LGBT perlu diberi hak kebebasan mengikut kehendak nafsu mereka selari dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tidakkah ini melanggar Hukum yang Allah telah tetapkan?

Jika kita mengatakan kita menyokong perjuangan islam, kita patut sedar dengan perkara ini. Kita perlu ambil tahu. dan jika kita merasakan kurang yakin  dengan kesahihan berita tersebut, Cuba ambil pernyataan mereka ini. Teliti dan perhati setiap perkataan. Jangan kerana kita taksub hingga gelap hati untuk menilai..

Allahu 'alam..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian