Nov 5, 2012

Nikmat..,

Kau pernah terfikir, bila tangan kau yang selalu membantu kau memegang, menangkap, meraba dan sebagainya itu tiba-tiba hilang fungsinya? Dulu kau guna tangan kau itu,kau guna jari jemari itu untuk menyuap nasi ke mulut. Tapi sekarang, ia sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Kau pernah terfikir, bila kaki yang selalu membawa kau kemana kau ingin pergi itu hilang upaya untuk membawa kau lagi. Hilang kemampuan untuk melangkah biarpun setapak. Apetah lagi untuk menggerakkannya?.

Kau pernah terfikir bila mata yang banyak membantu kau melihat dan memandu arah kepada kau itu kini telah hilang upaya untuk melihat?. Dahulu, dunia kau dipenuhi dengan warna warni kehidupan. tapi sekarang hanya hitam yang kau boleh lihat.

Pernah?

Nikmat Allah yang Dia kurniakan sangat besar nilainya walaupun hanya nikmat menggerakkan jejari tangan. Walaupun hanya menggerakkan anggota badan yang lain juga misalnya. Pernah kamu terfikir bila tiba-tiba Allah tarik balik segala nikmat itu?. Nikmat yang membolehkan kamu merasai dan menikmati kehidupan?.

Bertuah bukan kita kerana masih lagi menikmati segalanya? Bagaimana kalau hari esok, atau petang ini, atau tengah hari ini, atau pagi ini, atau saat ini Allah tiba-tiba mengambil balik segala nikmat ini?? bagaimana? adakah kita akan merasa Allah itu kejam menyiksa kita, sedangkan sebelum ini kita tidak pernah bersyukur sikit pun dengan nikmat yang mungkin kita rasa lekeh, remeh atau kecik ini..

Bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada sekarang. Kita tidak tahu berapa lama lagi kita diberi peluang menikmati segala nikmat yang diberikan ini. Jika Dia ingin menguji, tiada siapa mampu menghalanginya.

Ingat, Allah tidak akan menguji jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Inshallah. Dipenghujung perjalanan itu pasti ada kesenangan.

Sabar itu merupakan satu nikmat daripadaNya..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian