Nov 12, 2012

Cinta..,

Cinta itu sangat rumit. Kadang kau sendiri tidak mampu untuk mentafsirnya. Semalam kau mungkin kata dengan dia yang kau sayang, hari ini boleh jadi kau kata dengan dia yang kau benci. Atau lagi teruk kau sudah sayang orang lain. Perkara berkait hati, memang sukar untuk dijelaskan.

Sebab itu bila bercinta, selalu pakar kata, jangan terlalu bagi komitment. Takut bila tiba tiba putus, kau tidak bisa untuk menerimanya. Apetah lagi untuk menggunakan akal memahaminya. why and why it happen.

Janji orang bercinta seperti janji pilihan raya. Kadang! dan memang selalunya! Bila hati berbunga,semua bulan, bintang, cakerawala, bimasakti dia janjikan. Bila dah bosan. Bila dah tertarik dengan yang lain, ianya boleh bertukar 360 darjah menjadi jahanam. Jahanam yang seperti mayat hidup. Yang dulu dia janji syurga, boleh jadi ia akan jadi Neraka Jahanam.

Jangan beri kepercayaan 100 peratus nasihatku. Kau lelaki atau kau perempuan, sekarang semua adalah sama. Sama tinggi ketidakjujurannya. Ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi perhubungan zaman kini, possibility itu tidak mustahil. Saitan apakah?

Aku bercakap umum tentang cinta. Kau elak bagaimanapun, perkara ini akan terjadi. Cinta itu adalah anugerah tuhan kepada manusia. Sifat berkasih sayang. Tapi bagaiamana kita handle perkara tu yang membezakan kita dengan orang lain. atau dengan agama lain khususnya.

Soal cinta ini, aku selalu berpegang kepada Falsampah 'fight for your right'.  and until bleeding. Kalau memang dah takda jodoh, then baru aku akan mengaku itu bukan takdirku. At least aku try. dan aku puas hati. Bila puas hati, baru perasaan kecewa tu akan hilang. Aku takkan berpendirian takpe, takpe, takpe, takpe takpe. mampus tidak!

'I love you even when I hate you.'

Dengan zaman yang penuh dengan kecanggihan ini, dalam perhubungan takperlu dibuktikan apapun. 'Akan ku renang lautan api' pepatah begini sudah ketinggalan zaman. Kalau dulu you jump i jump. Sekarang, you jump i cari lain. Tak perlu kau buktikan sangat cinta yang berbentuk fizikal atau material. Tak perlu dan tak guna!

Apa yang penting sekarang ialah kau kena jujur dan kau kena setia. Perkara inilah yang sangat payah untuk dilakukan. Semua orang. Even yang dah berkahwin. Lagi satu kau kena ada duit! he

Dan aku tinggalkan lagu ni untuk kamu, kamu dan kamu. yes kamu..

Ps : Carefool..

3 comments:

Anonymous said...

adakah anda sedang bercinta?

Kosong said...

saya pun tak tahu saya tengah bercinta ke idak..

Anonymous said...

bagaimana kamu tidak tahu, saya doakan yang terbaik buat kamu

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian