Sebab itu bila bercinta, awek cun gila babi, tapi dapat balak muka seperti nak kena pelempang. Bila ditanya awek dia kenapa boleh bercinta dengan balak dia, pasti dia akan kata balaknya itu adalah orang yang paling kacak, semat, berdedikasi dan power. Walhal muka bangla lagi kacak dua kali ganda. Itu dinamakan abstrak.
Kacak itu tidak mempunyai spesifikasi yang khusus. Kacak macam aku ke misalnya. kan?. Sebab itu, bila pergi melepak, bila nampak awek jalan dengan balak yang muka pecah rumah, harus bersangka baik. Mungkin, itu adalah lelaki paling kacak bagi dia. Walaupun masa tu kau mungkin rasa nak tumbuk hidung lelaki tu. Pendamkan.
Bila rakan atau gf sendiri pun tak kata kau kacak, maka jangan nak terasa sangat, sebab orang lain pasti akan nampak kekacakkan kau itu. Tapi, kalau dah takda siapa yang nampak kekacakkan kau, ingatlah setiap ciptaan Allah itu adalah sempurna.
Takpe kalau tak kacak, asalkan manis, asalkan baik hati, asalkan perangai tak macam saitan, asalkan perangai tak macam yahudi. kan? aku misalnya. Tak kacak pun.
Apa yang aku nak cakap disini ialah konsep bersyukur. Apa pun yang kau ada, apa pun yang kau miliki, kau harus bersyukur dan terus bersyukur. Jangan kufur dengan nikmat yang ada itu.
Jangan kerana rasa diri lawa, diri kacak, diri cantik, diri babi, boleh pertikaikan rupa orang lain. Puji diri sendiri takpe tapi jangan kutuk orang lain. Itu dua perkara yang sangat berbeza.
Sekian..,
4 comments:
Kacak sangat pun susah lak nanti... :-)biarlah biasa-biase je.. sedap mata memandang
terasa aku he..
bagus la terasa
kacak tu yg terasa he
Post a Comment