Oct 26, 2012

Eid ul-Adha

Bagi orang melayu, hari raya tak kira raya aidil fitri ke adha ke, ia adalah hari bersedih. Aku pun tak tahu. budaya mana yang mereka ambil. Ikut sunnah, Nabi ajar meraihkannya seperti meraihkan kemenangan. Jamu makanan.

Bagi aku, raya apa pun, bila dah disambut secara solo, semua akan jadi seperti biasa. Menyambut sekadar mampu. Bersederhana mudahnya. Kalau difikirkan, dah beberapa kali rasanya aku sambut sensorang. Berteman internet. Sambil makan maggie.

Masyarakat islam dimalaysia, membudayakan hari raya iaitu hari kebesaran umat islam ini dengan mereka pakat-pakat pergi menziarahi kubur, mereka saling bermaaf-maafan, pasang lagu sedih mendayu-dayu, dan paling terbaru, siaran tv akan banyak tayang movie yang best-best. (padahal setiap raya diulang berkali-kali, macam movie zombie kampung pisang)

Padahal Nabi mengajar kita supaya di hari kebesaran ini, kita perlu meraihkan suasana. Kita perlu meraihkan kemenangan. Mendoakan orang lain semoga segala amal diterima Allah.Sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra dalam Kitab Fath Al-Bari :

“Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Tapi, amalan seperti ini semakin hilang, yang ada hanya memohon maaf maaf zahir batin sambil bersedih-sedihan. Bagus amalan ni, tapi tak kena pada tempat. Sebab, nabi mengajar supaya memohon maaf bila melakukan kesilapan. Bukan tunggu raya. Kalau mati tak sempat sambut raya cmne? tak ke naya?

Bagi aku ini pembudayaan agama yang merosakkan.

Sekecil-kecil sunnah tu, jika tak diamalkan ia akan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Islam khususnya. Sebolehnya, sebagai pencinta Nabi, kita harus berpegang dengan sunnah baginda, bukan menidakkan apa yang diajarkannya dengan alasan itu adalah perkara baik. Besar dosanya.

Bersempena aidil adha ni, mari kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah. Jika tak boleh merubah orang lain, kita ubah diri sendiri dahulu.

Jangan bila kafir menghina Nabi, kita bertempik bagaikan seorang pahlawan menyatakan bantahan. Kita caci maki kafir laknatullah setiap masa. Konon ingin menunjukkan rasa sayang dan rasa cinta kepada Baginda.

Tapi sayang, segala amalan yang diwarisi daripada baginda kita campur adukkan dengan adat budaya warisan. Bertopengkan bahawa itu adalah perkara kebaikkan. Kadang kita tinggalkan segala sunnah itu. Sedangkan mengikuti segala sunnahnya itu adalah bukti rasa kasih dan sayang yang besar kepada Baginda

Wallahu 'Alam..

Ps: aku tak boleh tengok lembu dikorban, sebab aku rasa kesian. kang tak pepasal haram aku makan daging beliau plak hehehe

2 comments:

Anonymous said...

sekarang untuk mencari orang yang betul2 boleh menyembelih binatang sangat susah. Kenapa ada rase kesian sedangkan itu arahan daripada Allah yang menyarankan untuk kita berkorban. Lawan perasaan kesian tu....

Kosong said...

Menyembelih tu mudah, yang penting kita niatkan segalanya kerana Allah..

Mungkin rasa perikebinatangan tu tebal dalam hati he..Lebih baik hindarkan daripada merosakkan amalan, kan? dan tengah belajar melawan he terima kaseh...

Semoga kita mendapat manfaat daripada edul adha ini...

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian