Oct 24, 2012

Nama..,

Trend zaman sekarang, bagi nama anak canggih-canggih. Modern kasarnya. Bukan saja kemajuan berbentuk fizikal, tapi nama juga semakin canggih, semakin power.

Kalau dulu, nama pendek-pendek saja. Adyshah misalnya. Kemas, segak, perkasa, power dan sebagainya, kan?. Tapi, zaman sekarang ni, kalau nama tak sampai 3 atau 4 perkataan, mungkin, bukan nama jadinya.

Nur Haikal Abdul Zaman Kamarul bin Bidin atau Siti Farahin Natasya Alya Binti Wahab. Aku tak tahu ini pesen alaf mana. Ini jenis mak bapak yang suka nama panjang-panjang. Ada jenis yang suka pada artis, mula dia bagi nama shah Rukh khan Bin Paisal, atau Katty pari Binti Tokiman.

Padahal, adalah sunnah bagi nama anak satu perkataan. Nabi bagi nama anak dia satu perkataan . Fatimah misalnya. Cucu baginda nama Hussin dan Hassan. Itu bab ikut sunnah.

Yang menjadi hal ialah trend bagi nama anak pelik-pelik ini akan menyusahkan mereka kelak. Masa nanti nak tulis nama dekat kertas exam akan memakan masa yang panjang, belum lagi hal urusan rasmi yang perlu isu borang. Mungkin petak nama tak cukup jadinya. Bukankah itu menyusahkan?

Hal yang parah bila nanti bab nak kahwin. Bayangkan kalau dia nak akad nikah, " aku terima nikahnya Siti Farahin Natasya Alya Nurul Rahimah rahim cahaya Binti Wahab dengan mas kahwin bla bla bla". tak ke semput?. Bayangkan, pak imam yang perlu sebut nama berbelit tu? tak ke pengsan jadinya? musibah jadinya..

Dulu adik bongsu aku, aku yang bagi nama. Aku nak nama Eizlan. Lepas tu Ayah aku nak nama Nur. Lepas tu Ibu  plak nak nama Muhammad. Maka jadi la 3 perkataan. hahaha..Kalau adik beradik aku sekali turut mencadangkan nama, mahunya meraung dia menulis nama masa darjah satu.

Kesimpulannya, bagilah nama anak yang mempunyai maksud yang baik dan ringkas. Kerana memanjangkan nama anak, tak menjadikan kita up-to-date. Tapi memberi masalah kepada anak kelak.

Cuba bagi nama Hardianshah misalnya. kan comel. kacak. dan sebagainya?

3 comments:

Anonymous said...

saya setuju! nama punye panjang tapi panggilnye satu suku kata je, baik tak payah letak nama panjang2...kurangkan puji diri sendiri...nanti riak

Kosong said...

saya hanya memberi contoh misalan je..hehe terima kaseh ingatan tu, tapi nama adyshah semat kan?

Anonymous said...

boleh la...adyshah ke hardianshah?

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian