Jun 12, 2012

Soal hati sukar dimengerti,

Hanya mereka yang mengalami saja tahu apa itu soal hati. Apa itu kecewa. Apa itu pengkhianatan. Apa itu kasih sayang yang benar dari hati. Tidak semua yang mampu berkata-kata memberi buah nasihat kepada orang lain itu tahu rasa sebenar hati yang bercinta.

Dulu aku begitu. Selalu menjadi bahan rujukan kepada mereka yang bermasalah tentang cinta.

Bila aku sendiri alami, baru aku tahu segala nasihat aku dulu itu sukar digunakan bila berhadapan dengan situasi negatif yang sebenar. Sungguh. Orang tua cakap, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tadi petang, aku ada terbaca blog junior aku dulu masa di asrama. Luahan hatinya soal cinta.  Biasa bercinta, bila dah kurang rasa, kurang umphh, kurang cinta, kurang segalanya, pasti akan bergolak. Pasti akan ada hati yang akan berubah. Lelaki atau perempuan yang memulakan, tiada beza zaman sekarang ini.

Pasti masing2 akan menegakkan benang serupa. Tipikal orang bercinta, bila dah tak sehaluan pasti yang dilihat semua kepada keburukan. Aku selalu berdoa kepada mereka supaya Allah kurangkan rasa siksa hati. Ingat, Allah akan uji kita bila hati kita ini diisi perkara melebihi Dia didalamnya. Percayalah.

Aku juga pernah mengalaminya. jangan kata aku bercakap kosong.

Tapi, percayalah, yakin kepada Allah, setiap kepayahan yang kita tempuhi ini pasti akan ada hikmah di penghujungnya. Cuma kita perlu bersabar sedikit lagi. lIhatlah perkara ini dengan melihatnya sebagai satu sentuhan daripadaNya. Biar kita tersedar apa yang terleka.

Perempuan punya hati yang sungguh rapuh. Cepat goyah bila disentuh. Apaatah lagi bila hatinya berkrisis. Sungguh. Kalau kau sayang, kau jangan biarkan dia bersendirian. Kau perjuangkan sehabis mungkin. Tapi jika kau tidak mempunyai hati, biarkan saja ia ditiup angin petang. Mungkin dia itu tidak berbaloi sudah untukmu.

bersabar itu adalah senjata yang paling ampuh..,

1 comment:

Anonymous said...

pakar soal hati

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian