Jun 11, 2012

Tiada idea tapi gian..,

Aku sebenarnya tiada idea untuk menulis. Tapi aku terasa gian untuk menulis. Sekarang, tangan aku terasa gatal, hati membuak-buak menyuruh aku menulis. Rasa gian teramat sangat. Inzal terasa hingga ke tulang sumsum. Seperti seorang penagih dadah yang gian inginkan 'bekalan'. Tapi masalahnya, tiada isu ingin aku tulis.

Semalam Italy seri dengan Spain. Aku sebenarnya penyokong Spain. Italy juga. Tapi semalam, aku lebih pilih Italy. Ah, ini mungkin disebabkan ramai dah sokong Spain. Jadi aku berharap Italy dapat mengalahkan Spain. Hatiku ingin mengecewakan ramai orang. pelik kan?Berharap Italy dapat mengalahkan Spain seperti Denmark mengalahkan Belanda sebelum ni. Berapa ramai peminat fanatik oranje kecewa?

Tak perlu aku mengulas soal kekuatan dua gergasi bola sepak ini. Aku bukan pengulas sukan. Bukan. Aku bukan Hasbullah Awang, atau beberapa lagi tokoh pengulas negara. Aku maheran yang tahu minat tapi tak berupaya bermain. Sat lagi, siapa kata aku kaki bangku, aku tampaq mulut dia.

Aku pelik jaman sekarang. Bila orang tak bermain bola. Turun padang tetiap petang misalnya. Atau keluar lelewat malam bermain futsal pasti tak dikira lelaki macho. Kalau tak dedahkan aurat (berseluar pendek, atau buka baju selepas bermain bola) tidak nampak kacak. Booo. 

Kalau itu definisi kacak bagi mereka, atau bagi perempuan yang asyik berliur dengan lelaki sedemikian, aku rela tak dikira kacak. sungguh! Bagi aku, kacak seorang lelaki bersifat universal. Bukan terbatas kepada satu-satu aspek. 

Bila kau malu pakwe kau tak pegi padang tetiap petang, tak pegi main futsal tetiap malam, atau 'tidak' apa pun yang ada kaitan dengan bola, maka kau adalah perempuan tersangat lemah. Sungguh.Ujarku bias. Kau lagi patut malu bila pakwe kau itu, tak jaga agama. kan? mula dah aura uai menyerap hakhak..

Hubungan itu harus berdasarkan hati. Kalau ia bermula dengan perkara lain, seperti faktor fizikal sebagainya, pasti saja akan ada masalah kelak.Cuba perhatikan artis je. Ada berapa ramai yang perkahwinan mereka kekal, atau percintaan mereka kekal? boleh dikira menggunakan bulu hidung.

#Jangan jadi bodoh dan diperbodohkan..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian