Jun 12, 2012

kau tahu, aku hanya mampu melihat segalanya..

Aku tidak tahu. Aku tidak tahu apa yang kau fikirkan. Aku tidak tahu apa yang ada di fikiranmu. Kau bersamaku, atau kau tengah bersama orang lain ketika itu. Aku tidak tahu. Aku tidak mahu tahu. Walaupun aku memang ingin tahu.

Rasa itu,aku bagitau kau memang sungguh jahanam. Kau atau siapa pun tidak akan mengerti. Dan aku tak pernah fikir orang lain akan mengertinya. Aku rasa, lebih baik aku menikmati neraka ini bersendirian daripada aku memberikan rasa itu kepada orang lain.

Jangan berkata dengan aku soal ego yang aku ada. Kerana aku sudah tidak punya satu pun. Nehi!. Yellek! Aku leburkan segalanya. Aku pertaruhkan habis demi melihat diriku puas. Demi melihat aku dapat tersenyum bebas. Aku tahu MUNGKIN suatu hari nanti aku menyesal. ya mungkin.

Ah, aku tidak ingin hidup dengan perkara yang belum wujud. Aku ingin hidup atas apa aku ada sekarang. Perasaan, cinta, sayang, kasih, kepercayaan, dan sebagainya. Aku ingn hidup dengan semua ini. Atas satu perkara yang normal. Aku tidak ingin padang belakang yang sungguh neraka, atau hadapan yang masih jauh terjangkau.

Aku ingin menjadi realistik. Tidak mengapa aku tinggalkan diriku dulu yang sungguh optimistik. Biar. Beri aku peluang tersenyum. Biar pun itu hanya sementara. Aku tidak peduli. dan, jangan biar aku menjadi kejam. Kerana kau kau dan kau akan terancam jadinya kelak. Sungguh. Aku tak tipu.

Kau fikirlah aku seburuk manusia. 

Aku boleh jadi sebaik-baik manusia seperti apa yang kau nak. Yang mungkin kau tak akan temui lagi. Tapi aku juga boleh menjadi sejahat-jahat manusia. Yang sungguh kau tak akan berani untuk imagine.

Aku tidak faham apa yang kau fikirkan sekarang. Apa yang kau inginkan sekarang. Apa yang kau cuba buktikan sekarang. Sebenarnya aku sudah jauh tidak mengenalimu. Aku cuma berpura-pura faham. Meneka segala hal. In the end, aku sebenarnya sudah tidak mengenalimu!!

Percayaku, jauh sekali telah tiada..

Tuhan, beri sedikit lagi waktu..

2 comments:

Anonymous said...

you marah sape nieh...???

Anonymous said...

Die marah anonymous

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian