Jun 1, 2012

Semalam, hari ini, ah semua sama..,

Petang semalam aku celaru. Ntah apa yang difikirkan. Tapi apa yang aku dapat rasa, hati ini terbakar bak ikan bakar dibelai-belai. Perit. Hingga boleh menyulitkan pernafasan. Tapi aku gagah. Lagak seorang pahlawan yang tak gentar apa-apa. Tok janggut misalnya.

Tapi itu semalam. Hari ini aku rasa lega. Sedikit. Eh banyak kot. Ntah. Tapi aku rasa nyaman. Analoginya seperti aku tengah duduk di tepi pantai. Di sapa angin sepoi-sepoi bahasa. Ditambah lagi dua tiga orang  janda menemani. Berjemur manja dibawah matahari. ah, saitan..

Kadang. Tuhan sekadar menguji. Menjentik hati yang selalu suram. Dasar manusia yang selalu leka. Ketenangan ini aku harap kekal. Bak aur dan tebing (ok salah peribahasa). Tak perlu aku ungkap lebih. Cukup aku sedar dan aku tahu. Gembira itu selalu datang selepas kedukaan melanda. kan?

Ada orang mengatakan aku berputus asa. eh? aku rasa biasa saja. Itu mungkin pendapat peribadi yang sedikit memberi kesan kepada diri. Eh aku kan pahlawan? Aku tidak mudah berputus asa. Apatah lagi berpaling tadah. Tak mungkin. Sebab aku selalu yakin dengan apa yang aku ada. Tidak perlu berlebihan..

Mungkin ini adalah takdir. Siapa tahu perancangan Tuhan. Aku malas untuk merancang. Tapi aku yakin dengan usaha. Kerana, orang kata usaha itu tangga kejayaan. Malam itu sangat hangat. Sungguh..

# Cukup berbuat sakit itu..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian