Jun 2, 2012

Bulan..,

Aku mula benci kepada diri. Yang bodoh tak sembunyi. Makin aku memikir apa yang sebenarnya berlaku,semakin itulah aku terasa diri terlalu bodoh. Sebodoh yang mungkin dipandang orang ramai. Tiada tolak bandingnya. Aku tertawa puas melihat diri yang begitu. Sambil memberikan ibu jari kepada diri..

Aku cuba nafikan kedunguan itu. Tapi itu tidak menjadi. Kerana akalku yang cerdik tidak bisa ditipu dengan mudah. Hati murniku tidak bisa di gula-gulakan. Apetah lagi kewarasanku? Itu aku. Aku sebenarnya menangis dalam kebodohan. Mencacatkan segala keamanan yang sedia terjadi. untuk menyesal itu tidak mungkin..

Sukar untuk aku fikirkan. Tapi sifat jahil itu menyebabkan aku mencari lagi kedukaan hingga aku sendiri terperusuk didalam keasingan. Melihat cermin yang memaparkan ketidakpandaian berfikir. Bodoh mudahnya. Yang terdesak ingin menang. Hingga sanggup melakukan segalanya. Ah, tipikal seorang pejuang..

Bisakah bulan ini muncul hari esok seperti hari ini yang aku nikmati? ntahlah..

# Berat untuk difahami, maka jangan mencuba untuk menjamahnya..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian