Jun 3, 2012

Hidup yang sementara,

Seperti baru semalam kau ku lihat tersenyum,
Memaparkan kedutan tua pada wajah manismu,
Selalu ku perhatikan kau,
Yang tidak pernah meninggalkan tempat sujudmu,
Selalu kau ingatkan,
Wajah jernih mu itu mendamaikan,
Apatah lagi dengan kelembutanmu,
Tidak pernah aku datang ke sisimu, tanpa kau sajikan aku pelbagai perkara,
Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasamu,
Kau tinggalkan dunia dengan aman,
Payung emas pasti ada untukmu,
Semoga Tuhan membalas segalanya,
Aku tahu,
Hatimu cukup murni,
Itu hal yang aku tidak dapat lupa,
Terima kasih segalanya,
Berakhir sudah perjalananmu disini,

( Al-fatihah buat arwah Makcik)

# arah hidup disini harus ada makna..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian