Jun 19, 2012

Minda yang kurang hajar mencipta ayat yang mereng tiada arti..,

Aku perhati lorong itu,
Masa itu terbuang dengan lena darimu,
Aku perhati segalanya,
Sisa rasa lalu, yang dulu kau puja hingga hari ini kau ingat,
Tidak mudah melupakan hal perit,
Apatah lagi yang menusuk diri,
melukai hati,
Memberi parut kenangan kasar,
Fuck you ujarku,
melontar segala beban,
Saling guna memperguna,
Aku yang terbeban..
Tuhan apakah hikmah itu?
Apakah?
Tuhan,
Aku sungguh tersasar,.
Aku benci diri yang ini,
Aku bisa lari, tapi aku tidak gagahi,
Aku sewel dengan angan yang kosong,
Semua beruk belaka,
Aku benci lagu-lagu itu,
Semua itu hanya ingatmu dulu,
Kau tunggu kelak, kau tunggu..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian