Jun 20, 2012

Kahwin itu bukan boleh bawa main main..

Dalam lingkungan rakan, aku antara yang masih lagi mantap mempertahankan status single mingle. Compare dengan rakan-rakan karibku, semua mereka telah beranak pinak. Subur menyubur bagai. Sampai aku kadang terkejut bila aku stalker kehidupan mereka, dah ada anak 2 3 orang dah. Padahal seperti baru semalam kahwin..Ganas kan?

Paling aku tak suka bila musim-musim terserempak bagai. Biasanya masa cuti lah. Soalan pemes yang akan aku ditanya ialah, eh bila lah kau nak kahwin ni? kau tak nak rasa kahwin ke? Kadang aku rasa nak lempang  je bila soalan seumpama ini ditanya. 

Yela, aku masih lagi kacak macak apa. Mentang-mentanglah mereka dah boleh sambut hari bapa untuk diri sendiri. Kadang aku  boleh senyum je. Tulang rusuk kiri aku masih bersembunyi lagi..

Bukan tak nak kahwin, tapi banyak perkara yang masih belum disettle mettle. Kau ingat aku tak nak kahwin ke? tak nak rasa?

Kahwin bukan sekadar kau nikah then boleh tidur sesama dengan isteri kau. Kahwin bukan hal yang sesaja ingin rasa hidup bergelar suami isteri. Kahwin lebih kepada bagaimana persediaan kau untuk pikul tanggungjawab sebagai dewasa. Menyediakan segala keperluan dan kemudahan kepada keluarga. 

Takda lah nanti, dah kahwin masih lagi berperangai saitan.. kan? itu mesti niat kahwin salah..last-last bercerai..Nauzubillah. Dah kahwin masih lagi nak berperangai bujang. Tu yang banyak jadi skandal suami orang, skandal isteri orang.. kan?

Lagi satu,

Pilih bini bukan perkara memain. Bukan pasal boleh masak ke tak, atau lawa ke tak. Bukan. Tapi pilih bini yang mampu duduk susah dan senang dengan kau. Yang leh jadi tongkat, bila kau jatuh. Yang boleh pulas telinga bila kau terkenyit mata dengan jiran sebelah hehe. Yang boleh didik anak dengan sempurna. Yang boleh jadi sumber kekuatan kau. Yang boleh bersama kau whateva situation pun. Yang penting boleh membantu kau dari segala sisi.

Sebab itu soal kahwin ini merupakan rancangan masa panjang. Sampai MATI. Bukan baru seketika tidur sebantal, dah buat perangai saitan. 

Tapi kena ingat, nak cari calon yang baik, diri kena baik juga. At least lepas solat 5 waktu dan tahu hargai mak bapak. Kompem tahu hargai kau, kompem tahu jaga anak, kompem tahu jaga diri sendiri.

Walau apa pun pendapat, berdoalah sebaiknya..

'Tuhan, berikan aku isteri yang tahu menjaga dirinya"

6 comments:

saiyidatul said...

doa banyak2 ady..doa sungguh2..
hati kita ALLAH yang pegang..
moga yg terbaik untuk kamu berdua:)

Kosong said...

thank you datol..

kenpius dengan keadaan..

Zakiah Adun said...

Allah know the best abg Ady ;) kawin t jgn lupa jemput adik kamu sorang nih ^_^

Anonymous said...

doa byk2 cepat dapat jodoh...semoga Allah beri kamu pasangan yang terbaik untuk kamu

Kosong said...

Adik, ye nanti dijemput..doakan

anonymous. i know who you are. Doakan sekali :)

Anonymous said...

Hebatnye, mungkin tekaan kamu salah

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian