Jun 18, 2012

Aku takut..,

Aku takut bila udara yang aku sedut setiap hari ini akan hilang ditelan malam,
Aku takut mata yang memberi arah ini akan tiada fungsi lagi,
Aku takut segala pemberian ini akan hilang dek kerana keseronokkanku,
Aku takut,
Sungguh takut,
Aku takut tiada lagi tempat untuk aku luahkan segala haru dunia,
Apatah lagi aku ini sering saja teralami begitu,
Memikirnya,
Hatiku mengeletar pilu,
Melihat apa yang telah terjadi, akan terjadi dan terus terjadi,
Aku cuba memberhentikan langkah, memperlahankan masa,
Tapi rasa itu sangat kuat,
Tuhan,
Aku takut Kau memalingkan muka dariku,
Aku jauh terlajak, terlena apatah lagi,
Aku keseorangan walaupun zahirnya tidak,
Tuhan,
Percepatkanlah apa yang aku hajati,
Permudahkan segala niat ini,
Lembutkanlah hati mereka untuk memahami segala hal yang aku rasa ini,
Tuhan,
Aku sangat takut apa yang berlaku hari esok..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian