May 16, 2012

Lupa,

Nak melupakan manusia yang kita terrr sayang adalah sangat sukar berbanding kita nak lupa perkara yang memalukan.. er tak sama ke?em ok tapi secara rasionalnya tiada siapa bisa menafikan..

Hanya masa adalah penawar keadaan itu. Dan juga nekad didalam hati. Kerana itu hati ini sukar untuk dikawal. Walaupun dia hanya organ yang kecil berbanding badan yang besar. Tetapi untuk mengawalnya agak payah..

Aku juga dulu begitu. Tapi aku nekad. Aku cakap baik-baik dengan hati, kalau dia boleh ikut cakap, aku akan happy, aku akan jumpa satu perkara yang lebih baik, lebih mengembirakan lagi..

Sekarang aku boleh mula tersenyum. Dan apa yang paling penting, jangan sekali kali melupakanNya..Doa walaupun kita rasa ketika itu seperti tiada mengubah, tapi dikemudian hari, bila kamu tawajuh, yakin, inshallah Dia akan tunjukkan kamu apa yang terbaik kepadamu sebenarnya..bersabar

Hanya manusia bodoh yang akan memperbodohkan dirinya dan membiarkan dirinya diperbodoh berkali kali..Harus ada perasaan malu, kerana disebabkan itulah bagaimana orang lain akan melihat kita. Biar kita berpakaian sebaik mana pun, tapi kalau tiada rasa malu, Tuhan akan jauhkan orang lain daripada melihat kita dengan baik..

Biar orang lain burukkan kita, biar Allah saja yang membalas, kerana balasanNya itu lagi pedih..

#Jauhiperkarabodoh

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian