May 17, 2012

Hidup

Hidup ini tidak pernah lari daripada cobaan. Sekuat mana kau lari, sekuat mana kau bertahan, pasti 'badai' itu akan datang samaada kita sedar atau pun tak sedar. Hakikatnya, keadaan ini adalah kerana manasia itu sering lalai kepada diri dan juga kepada penciptaNya.

Sebagai insan terpilih untuk dilahirkan ke dunia ini, kita seharusnya mempunyai semangat juang yang tinggi terhadap apa pun cabaran yang ditempuhi. Mahu atau tidak, kita harus kuat menghadapinya. Once kita dapat mengatasinya, kita akan merasai sedikit kemanisan dunia.

Banyak perkara negatif yang berlaku dalam hidup sebenarnya memberi manfaat kepada kita. Setiap apa yang berlaku itu mempunyai sebab dan hikmah yang sebagai manusia kerdil kita sukar untuk mengenalpasti hikmah tersebut.

Namun belajarlah melalui pengalaman, kesilapan diri. Kerana itu akan menjadi panduan kita untuk memandu hidup kepada arah yang lebih baik. Sesuai dengan pesanan para cendikiawan islam terdahulu yang ingin kita hidup seperti dalam keadaan terasing, Analoginya mudah.

Bayangkan anda sebagai pemandu yang memandu disatu kawasan yang baru bagi anda. (asing). Bila anda tidak tahu sesuatu perkara itu, atau tidak tahu arah kemana hendak dituju, apakah langkah yang anda akan lakukan? sudah tentu anda akan bertanya. Begitu juga dalam kehidupan seharian, agar tidak tergelincir daripada landasan kehidupan, kita harus sentiasa 'bertanya' kepada mereka yang tahu, faham arah yang harus ditujui..

Jangan mengenang perkara lalu kerana itu adalah perkara sia-sia. Lihatlah depan yang luas terbentang..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian