May 16, 2012

Sokongan

Aku tak cakap pun sokongan kepada palestin tu tak bagus. sungguh, ianya sangat bagus kerana terbukti islam itu masih bersatu lagi atas satu akidah yang sama.

Tapi bagi aku, adalah lebih afdal kalau kita berdoa selalu untuk kesejahteraan saudara semuslim kita disana berbanding hanya menukar DP facebook dan mengutuk orang lain yang tidak bersama-sama menukar DP.

Mungkin kita tidak tahu, bahawa mereka yang kita kutuk itulah mereka yang selalu menangis berdoa memohon saudara semuslim didunia ini terlindung dari sebarang ancaman. berbanding kita yang hanya menukar DP dan sudah terasa diri cukup gah kepada yang lain... tahu?

Jangan terlalu sempitkan minda dengan hanya melihat ikram untuk menanda sokongan kepada 'hunger strike' itu adalah hanya dengan satu cara. faham? yes aku juga menukar profile picture twitter untuk tunjukkan sokongan.Difacebook tidak. adalah beberapa faktor tertentu yang menjengkelkan aku..

Mari berdoa bersama-sama. Jangan biarkan sokongan kita hanya terletak dengan menukar DP semata-mata. Apa yang paling penting ialah doa kita kepada Allah semoga mereka-mereka yang teraniaya itu mendapat bantuan daripadaNya dengan segera. Inshallah..

#sayabersamamenyokongmereka..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian