May 17, 2012

Detik,

Setiap hari aku menghitung detik. Bilakah aku akan dapat keluar daripada sini. Daripada dimensi tekanan, bebanan dan masalah. Setiap hari aku akan berfikir apakah, bagaimana dan sebagainya..

Hati ini benar-benar imun tapi, ianya kadang tidak mampu untuk bertahan. Tekanan itu datang dari setiap arah. Menghimpit diri yang semakin cengkung bertahan. Sungguh saat ini sangat sukar. Tapi aku tidak mampu lari sebelum melawan.

Aku harus terus berpura-pura. Memujuk hati untuk tidak terus gundah gulana. Memberikan senyuman kepalsuan kepada mata yang memandang. Aku jemu seperti ini. Tapi aku tidak tahu bagaimana untuk keluar. Kerana jalan itu masih jauh lagi untuk aku gapai..Sangat jauh.

Doa saja yang dapatku handalkan ketika ini.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian