May 17, 2012

Jangan Berlagak Baik

Dulu ayat ini selalu aku sembur kepada mereka yang mungkin menjengkelkan aku 'bajet' baik dalam pandangan mataku ini. Yela, dulu yang berperangai jelek, tiba-tiba pandai menasihati kau..Namun hakikatnya aku tahu, aku sebenarnya yang salah..

Kenapa perlu persoalkan jika orang lain telah menjadi baik? atau orang lain mengajak kita menjadi baik? Sepatutnya kita persoalkan diri sendiri kenapa tidak dapat menerima pandangan orang lain yang kadang menjengkelkan kita itu? yang sebenarnya berniat baik? atau kalau pun tak berniat baik, tapi intinya itu sudah cukup baik? kenapa?

Maka, jika manusia itu menjadi baik, atau cuba untuk berubah menjadi baik, atau baru terlintas untuk menjadi baik, sebagai saudara seislam, tolong support. Bagi dia semangat. Kalau pun contohnya dia mengatakan bulan depan baru dia nak pakai tudung misalnya, suport dia. Cakap dengan baik itu satu niat yang baik. Bagi galakkan, hadiahkan dia tudung kalau hati mulia. 

Bukannya kau 'pancung' dia pula dengan ayat 'hei mati tu tak kenal bila, mana tau kau keluar simpang ni dilanggar kereta, nak kau mati tak tutup aurat?' Bagi aku ini adalah salah satu contoh dakwah yang bodoh.Kalau dia berhati keras, mahunya dia tak nak pakai tudung sebab kau perli tak kena tempat..Dekatkan mereka dengan kebaikkan, bukan dengan keburukkan..

Apa salahnya kau bagi kata-kata semangat. Katakan niatnya itu murni. Mana tahu dengan kelembutan kau bercakap dengannya, tidak memerli soal mati ke, soal apa pun itu, hatinya yang keras itu menjadi lembut tiba-tiba??

Mari belajar bagaimana untuk mendekati orang lain dalam maksud berdakwah. Jangan dakwah kamu itu akan menjauhkan lagi orang lain, kerana dikemudian hari kelak Allah akan mempersoalkan kamu..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian